sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 7 Oktober 2014

Jeruk Petai


Cara membuat jeruk Petai

 

jeruk petai

Semasa arwah mak mertua masih ada suatu ketika dahulu, arwah memang selalu membuat jeruk petai kerana di kawasan rumah ada beberapa batang pokok petai.Ana sempatlah belajar dengannya cara-cara nak membuat jeruk petai ni.Cukup mudah, mula-mula rebus seketika petai dengan kulitnya sehingga separuh masak sahaja.Kemudian picitkan petai dari kulitnya, lumurkan dengan garam dan rendam didalam balang dengan air masak.Pastikan menukar air rendaman apabila ia telah keruh untuk kesegaran petai.Dalam dua tiga hari bolehlah di makan dengan nasi.


~berkongsi resepi disini~

20 ulasan:

  1. Acik memang suka jeruk petai ana..tapi beli je..di kuala pilah banyak jual..kalau lalu selalu beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka juga acik walaupun tak boleh makan banyak2 ada gas hehe, betul tu acik kuala pilah banyak jual tepi jalan tu..:)

      Padam
  2. wahh best.. suke makan jugak..hihi.. baru belajar makan nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi cik Anizz pun suka makan jeruk petai ye.. hehe

      Padam
  3. oh! cam tu ye wat jeruk petai yea Ana, suke makan petai ke? Me kureng, lagi suke petai yg digoreng dulu utk wat sambal tumis, heeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je kan eMMe, tak berapa suka juga makan petai ni,sesekali bolehlah hehe

      Padam
  4. kat umah mak mertua ada pokok petai...mak mertua selalu buat jeruk petai ni..sbb tahan lama,,siyes mmg sedap..saya suka petai...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu sebab memang untuk simpan lebih lama kan Husna, jadi ia dijeruk

      Padam
  5. ohh ni my feberet nih..sejak menjak kawin ngn orang kelate baru pandai makan..heheh

    btw salam perkenalan dr saya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan lovelywa, memang betul ana pun mula kenal jeruk petai ni semenjak bersuamikan kelantanise lah hehe :)

      Padam
  6. salam kak Ana... Saya tag akak kat sini :)

    http://blog-wafee.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Wafee, all the best untuk Wafee dan Anne juga :)

      Padam
  7. suka makan petai tapi tak pernah pulak makan petai jeruk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehee lebih kurang je syukri..:)

      Padam
  8. sedap ni kak ana..makan dengan nasi panas-panas..

    BalasPadam
  9. hubby suka la jeruk petai ni...tapi noe x pernah buat jeruk petai ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut selera masing2 kan nOe: kalau tak buat beli pun boleh hehe

      Padam
  10. sedang membayangkan kesedapan jeruk petai

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi siti norasikin, terbayang ke hehe :)

      Padam