sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 25 November 2014

Aidijuma di The Curve


Aidijuma di The Curve,Mutiara Damansara
Anak-anak ana memang sangat gemar menggayakan tudung bawal Aidijuma.Nampak selesa dan sesuai dengan usia remaja mereka.Kainnya juga lembut dan senang di pakai dan digayakan.Paling penting harganya sangat berpatutan dengan jenis-jenis label yang dijual.

Berkesempatan ke The Curve di Mutiara Damansara minggu lalu, ana sempat singgah ke butik Aidijuma di sini yang terletak di aras bawah , 'ground floor'. Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa helai tudung bawal Aidijuma disini.




Jika berkesempatan berada di sekitar Mutiara Damansara dan peminat tudung bawal Aidijuma bolehlah singgah di cawangannya disini.Konsep butik Aidijuma memang selesa untuk memilih corak dan label tudung yang diingini.


~berkongsi info disini~

24 ulasan:

  1. Salam kak ana. Saya tak pernah guna tudung adijuma ni. Tp tgk mcm menarik juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Cik La, coraknya memang comel2 ,anak2 kak ana yang sering pakai untuk jenis bawal selain shawl :)

      Padam
  2. Salam kak Ana. Adik ipar yus pun peminat setia tudung adijuma ni, yus je tak sangat sbb tak jumpa pun yang lerang 60, kalau ada nak try juga...:)

    Salam kenal dari Yus ya kak ana,

    Datang dari blog acik erna.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Yus,ada kak ana rasa label baru lebar 60 tapi tak banyak,terima kasih sudi ke sini,akan kak ana jejak kembali ,Insyaa Allah :)

      Padam
  3. Acik pun suka tengok ana.tapi tak pernah beli..sebab tak jumpa yang besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kuranglah Acik, layan anak2 ana saja di sini..kalau ana pakaipun memang dilabuhkan terus :)

      Padam
  4. Saya pun xpernah pakai aidijuma... kecik sikit saiznya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nora, sekarang ni aidijuma dah ada bidang 60 agak lebar.. :)

      Padam
  5. Dulu pernah jadi peminat adijuma jugak, sekarang shawl zawara la yg plg best! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang kita banyak pilhan kan BGG :)

      Padam
  6. saya suka pakai shawl... butik aidijuma ni ada shawl jugak ke?
    Thanks follow kt insta... saya pun dh follow akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada Eny, semuanya bawal sahaja, tq following kak ana juga ye :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Sha memang suka pakai bawal kan.. :)

      Padam
  8. corak dia cantik2 kan sis..sayang suki dah tak pandai pakai bawal :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel suki corak2nya .. kak ana dulu pun pakai bawal juga,skrg semua pun boleh hehe :)

      Padam
  9. Eyza pun kadang2 suka gak pakai bawal Aidijuma ni.. tapi selalunya beli kat Aidijuma Central Market jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya eyza, di Central Market pun ada butiknya,kak ana pernah juga pergi sekali.. :)

      Padam
  10. Bawal juga yang terbaik kan? sesuai untuk apa jenis muka pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila, anak2 ana gemar dengan aidijuma ni, dulu memang ana selesa dengan bawal :)

      Padam
  11. tudung aidijuma memang selesa di pakai n sesuai untuk semua peringkat umur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang selesa Kak yon kain cottonnya :)

      Padam
  12. Salam perkenalan:)
    Kak ana fiza pun baru je terjebak ngan AJ ni.. Kak ana da berapa banyak koleksi ?
    Jom jenguk blog fiza
    http://jombersamafiza.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Fiza singgah sini, anak2 kak ana sahaja yang banyak koleksi AJ ni, insyaa Allah nanti kak ana jejak kembali :)

      Padam