sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 13 November 2014

Alat Penimbang Lama


Alat Penimbang Lama

 


Ana terlihat alat timbangan ni masih digunakan oleh pekedai runcit di Pasar Besar Teluk Intan, semasa balik kampung tempuh hari. Mak saudara ana membeli bijian gandum untuk makanan ayam ternakan dan makanan kucing di salah sebuah kedai runcit milik taukeh Cina disini.Pekerjanya masih menggunakan alat timbangan ini untuk menyukat berat timbangan mengikut kilogram.


Menurut pekerjanya, beban diletakkan di atas dasar timbang, kemudian pemberat mengikut kilogram yang dikehendaki di letakkan pada dacingnya.Timbangan di sukat sekiranya pemberat selaras dengan muatan beban.Lebih kurang begitulah sukatannya.Agak payah juga untuk menggunakan timbangan ini, berbanding dengan timbangan digital yang jauh lebih tepat dan mudah.Sekadar berkongsi sesuatu yang agak unik disini dan mungkin ada yang di luar sana tidak pernah melihat alat timbangan sebegini.


~berkongsi barangan lama disini~

22 ulasan:

  1. salams kak ana
    kagumnya masih ada lagi timbang nie...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Mieja, kak ana pun terperanjat gak pekedai tu masih guna kaedah ni nak timbang :)

      Padam
  2. assalamualaikum ana..betul tu dulu mmg gunakan timbang yg macam ni...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, dulu masa kecil pernah juga tengok arwah tok beli barang kat pasar orang guna timbangan ni :)

      Padam
  3. Yang ini mungkin lebih mudah dari penimbang yang kena pegang tu...pas tu kena anjak-anjakkan pemberatnya. Naik lenguh tangan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang macam dacing tu agaknya maksud kakcik kan.. haah siap kena pegang bagi seimbang :)

      Padam
  4. penimbang macam ni, jenuh nak membacanya kalau mata rabun..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal, takut tak tepat sangatkan, yelah ni untuk beli barang2 yang berat lebih sepuluh kilo sesuailah kut :)

      Padam
  5. Salam. Hee timbang warisan zaman berzaman itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kira sebagai barang antik agaknya :)

      Padam
  6. wahhhh masih ada yg guna lagi, kagumnyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lia, kat pasar2 lama saja agaknya..:)

      Padam
  7. Barang antik ni..dulu siap dok atas penimbang tu untuk timbang berat sampai kena marah dengan tokey kedai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak ai nakalnya CP, erm marah le takey tu rosak timbang kawan tu nak niaga heehee :)

      Padam
  8. tauke tu xnak keluar modal lagi la kak nak beli alat timbang digital..huhu..jimat

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, betul jugak lah agaknya BGDC hehe.. :0

      Padam
  9. Tahun 80an dulu pernah tinggal di Pasir Bedamar. Diorg pakai timbang ni, dah lama tak ke sana. Zaman sek rendah dulu. Kenangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah tinggal di Pasir Bedamar rupanya, yelah era2 ana lah tu 80-an sekolah rendah,sesekali kembali lah ke Teluk Intan, sedang pesat membangun bandar kecil yang unik ini.. tq ruslanafiq :)

      Padam
  10. antik dah alat penimbang inikan ana..

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Sebab Sha masih muda lagi, hehe :)

      Padam