sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 10 November 2014

Colmar Tropicale,Bukit Tinggi,Pahang (2014)


Colmar Tropicale,Bukit Tinggi

 

Colmar Tropicale,Bukit Tinggi

Ketika berada di Janda Baik, untuk 'family day' ana yang lalu,kami sempat singgah makan angin ke sini, Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang.Kami sampai ke sini dalam jam 5;00 petang maka hanya sempat melawat sekitar kawasan Colmar kerana Taman Botani dan Taman Jepun tutup jam 6:00 petang.Kiranya rugi jugalah membayar tiket masuk pada harga RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak kerana harga tiket sepatutnya termasuk pakej ke Taman Botani dan Taman Jepun.Mungkin bukan rezeki kami kali ni, lagipun ini merupakan kunjungan kali ke tiga ana ke sini.Kali ini cuma menemankan beberapa anggota keluarga yang belum pernah ke sini.

Colmar Tropicale mengambil sempena nama sebuah bandar di kota Perancis, senibina hotel disini dibuat seolah-olah sama seperti bandar Colmar di Alsace, France.Memang cantik dan unik. Ia terletak di tanah tinggi maka cuaca disini agak dingin dan berangin.Sebenarnya banyak aktiviti menarik yang ada disini seperti menunggang kuda, taman arnab dan lain-lain aktiviti lasak.Cuma kita perlu datang lebih awal agar dapat mengikuti dan melihat sekitar kawasan.Hanya disekitar hotel Colmar yang boleh dikunjungi hingga jam 11;00 malam.

Disini, ana kongsikan beberapa keping foto di sekitar Colmar Tropicale untuk mereka yang ingin berkunjung ke sini.Cuaca petang itu memang mendung dan syukur juga sempat ber'posing' sebelum hujan turun dalam perjalanan kami pulang ke chalet di Janda Baik.













~berkongsi tempat menarik disini~

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. kak ana pun last sebelum yang ni pi dua tahun lepas, sebenarnya sama je tak ada perubahan,bagi yang pertama kali pergi memang seronok kan Suki :)

      Padam
  2. masa p ni, sejuk ya?

    pernah p tp masa tu cahaya mentari punyer terang, mujur masih sejuk kena angin bukit ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejuk lia, mungkin sb dah petang lagipun cuaca mendung dah nak hujan namun memang berangin.. :)

      Padam
  3. alaaa....xnyempat lg nk jejln sini..tahun depn jgk laa bru smpai kot..tp xtau tahun depn mana...kih3

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun depan dekat dah Sha, Insyaa Allah ada rezeki Sha sampailah sini kay.. :)

      Padam
    2. Alhamdulillah Sha, sampai gak ye, kak ana nak baca review dari Sha lak nanti :)

      Padam
  4. tak pernah lagi ke sini..teringin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal boleh je nak datang sini, bukan jauh sangat,Australia lagi sampai kan heehee..:)

      Padam
  5. assalamualaikum ana...bestnya pi ke sana...teringin juga mama nak pi...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, Insyaa Allah kalau ada kesempatan mama sampai lah ke sini :)

      Padam
  6. pernah datang ke sini beberapa kali dulu, tempat yg menarik dan terjaga kebersihannya... makanan pun sedap2... untuk bersantai hujung minggu dari kesibukkan KL... memang sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat percutian yang agak mewah di sini Najib kan... tapi memang sesuai untuk menghilangkan suasana bising di kota :)

      Padam
  7. Salam Ana. Teringin juga nak kesini..dari pengalaman Ana bagaimana, berbaloi ke tidur di hotelnya dan aktiviti yang ada mencukupi tak untuk kita.nikmati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Kak Mala, harga bilik mmg agak mahal dalam rm700++ untuk family room,aktiviti waktu malam memang tak ada apa2 yang menarik kecuali ada live show disini,hampir kesemua aktiviti sesuai untuk siang hari sahaja, namun untuk kelainan dan suasana yang romantis sesuailah hehe :)

      Padam
  8. Nampak cantik sangat, walaupun syida duk kl, tapi tak pernah sampai lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemandangan disini memang cantik Syida, jika ada kesempatan cubalah ke sini pula tak jauh dari KL.. :)

      Padam
  9. Ana.. suke tgk bangunan CT ni... unik, ala2 english style, tah brape harga 1 malam... ade la gi skali.. dolu2...zaman bercenta2 dulu, hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan eMMe, senibinanya,mahal gak baru ni kawan kak ana overnite satu bilik dalam RM700++ gak..:)

      Padam
  10. teringin nak pergi..kathy tak sampai lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah Kathy, sampai nanti kalau ada rezeki ke sini :)

      Padam
  11. Assalam..pernah pegi sini thn 2012 bawak abg & family bercuti...now abg dah koma..so xde dah aktiviti cuti2 ngan dorg sekuarga.. :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Juls Julie: semoga terus tabah dalam menghadapi liku2 kehidupan, ada hikmahNya jua..tq singgah :)

      Padam