sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 9 November 2014

Instagram & Blog

Antara Instagram & Blog



Pada ana kedua-dua media sosial ini ada kelebihannya masing-masing dan ana seronok sangat menjalin ukhwah sesama rakan-rakan maya samada di Instagram mahupun di Blog.Cuma akaun Instagram ana 'private'kan kerana di sana ada dikongsikan foto-foto yang rasanya agak segan untuk di kongsikan secara 'worldwide'. Berbeza dengan Blog secara amnya dapat di lihat di mata dunia kerana genre blog Anajingga lebih kepada umum dan tidak terlalu personal.

Namun, kebanyakkan 'follower' dan 'following' ana di Instagram adalah dari kalangan rakan-rakan blogger sendiri yang telah lama kami jalinkan ukhwah menerusi alam maya.Di Instagram, kami lebih mengenali wajah dan aktiviti harian yang dikongsikan bersama.

Di dunia blog pula, ana sering kongsikan secara umum tempat-tempat yang menarik yang pernah ana kunjungi, pengalaman-pengalaman yang rasanya boleh memberi manfaat kepada orang lain, resepi-resepi harian, drama-drama siri yang ana ikuti dan foto-foto dari keindahan alam yang cantik-cantik dan sebagainya.Segalanya adalah dari catatan perjalanan dan pengalaman ana sendiri.



Paling seronok dan senyum sampai ke telinga bila top-top blogger men'follow' akaun Instagram kita seperti Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Emas Putih dan  sahabat-sahabat blogger yang memang terbaik seperti Cik Pinz, Edtv, Rojak Somtam,mamaniza, mama Maszull, Anizz Adnan,Sulaman Lace Heaven,Acik Erna, Kak Yon, Mialiana,Shalimar dan ramai lagi yang tak sempat hendak di taipkan disini.Semoga ikatan ukhwah antara kita akan kekal selamanya..Insyaa Allah...


~berkongsi kasih sayang disini~

10 ulasan:

  1. best kan..bile otai2 blogger follow back.. rase dihargai..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok rasanya kan Anizz :) pada kak ana mereka ni sfu lah kan hehe :)

      Padam
  2. skang ni dah macam hampir semua org ada instagram.. instashop pun dh banyak.. ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya amir zahari, satu kemestian pula dah kan.. :)

      Padam
  3. assalamualaikum ana...teman2 alam maya mmg terbaik ni...moga ikatan ukhwah kita tetap terjalin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, itulah seronok bila kita menjalin ukhwah di alam maya ni..:) Insyaa Allah

      Padam
  4. skang instagram ni mcm perlu ada je setiap orang kan..malas nk cita banyak2 tepek gamba sudah..heheh

    btw Salam perkenalan sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah biarkan gambar berbicara di IG, tq lovelywa :)

      Padam
  5. sha aktif sebb k.ana ada n geng blogger ada disana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom sama2 aktif dan saling lebih mengenali kan Sha :)

      Padam