sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 4 November 2014

Wang Syiling Seringgit 1971


Wang syiling seringgit 1971

Wang syiling seringgit ni, ana jumpa di atas almari rumah arwah opah di kampung ana, Teluk Intan.Lama dah usianya empat puluh tiga tahun .Masih menggunakan simbol $ untuk matawang ini pada masa dahulu. Maknanya ia lebih dahulu wujud sebelum ana dilahirkan..Ia dah melalui pelbagai era dan pertukaran jenis-jenis matawang dengan nilai seringgit di tanahair kita.Warnanya pun dah pudar sangat dan sudah tidak boleh digunakan lagi di pasaran.

Namun bagi penggemar koleksi antik atau pengumpul wang-wang lama ianya pasti bernilai dan dihargai.Saiznya lebih besar dari duit syiling 50sen yang sebelum berwarna emas sekarang dan agak berat juga.Sebelum ini ,kita juga pernah menggunakan kembali wang syiling seringgit yang berwarna emas tidak lama dahulu namun digantikan semula dengan wang kertas .

Wang syiling seringgit lama - bahagian belakang

Bahagian belakang wang syiling seringgit 1971 ini terdapat gambar bangunan Parlimen dengan bulan dan bintang.


~berkongsi foto wang syiling lama disini~

22 ulasan:

  1. antik ni kak ana..simpanlah, boleh tunjuk kat anak cucu

    BalasPadam
    Balasan
    1. antik kan Sal, tertinggallah pula kat kampung kak ana ari tu..harap2 ada lagi lah atas almari tu hehe :)

      Padam
  2. Susah nak dapat nie. Saya pun selalu jugak korek2 tabung. Kot2 jumpa yang antik tapi tak ada.

    Klik untuk baca entry terkini saya > KDrama : Review Hotel King

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah JL, kebetulan kak ana terjumpa di kampung, wah ada tabung duit syiling ni..mesti banyak isi kan heehee :)

      Padam
  3. eh..mama annur pon ada simpan 1 yg macam ni..memang besar. Rare sangat tau.. kalu jual blk kat muzium agak2 bape la kan hihi

    Annur

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke, kena simpanlah buat kenang-kenangan Annur, nak ke muzium beli hehe :)

      Padam
  4. Salam buat Ana. Simpan baik2 duit tu dan jgn sesekali jual atau bagi kt org lain. Sy sebenarnya berminat juga kumpul mata wang lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah shameel, kalau ada dua kak ana bagi kat shameel satu ye.. :)

      Padam
  5. Assalam Sis Ana Gojes...
    Berharga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam adinda Fuzaku sayang,berhargalah bagi mereka yang suka akan koleksi wang2 lama kan Fuza.. :)

      Padam
  6. kak ana,

    jual dekat muzium negara, mereka biasanya akan beli brg antik :)
    simpan buat kenangan anak cucu pon ok juga....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Mieja, entahlah kak ana simpan kat kampung dululah agaknya ye kan..:)

      Padam
  7. Hai ana, wah bestnya dapat duit lama emas nii,, aina pun takde koleksi duit emas ni. Hanya beberapa helai duit kertas lama dan juga koleksi duit syiling lambang parlimen dari tahun 60 an yang aina kumpulkan awal tahun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm ana pasti aina pasti suka dengan koleksi2 lama sebegini ..:)

      Padam
  8. waa.. kna simpan baik2 ni..akan datang mmg tinggi nilai ni..

    BalasPadam
  9. Terima kasih sharing Ana. Kak sendiri pun dah lupa pada kewujudan duit ni. Masa ni masih disekolah rendah..Ana tak lahir lagi la ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kak mala, pada tahun tu belum lahir ke dunia ni lagi kak.. :)

      Padam
  10. Tak pernah jumpa lagi syiling lama ni sekarang... harus simpan tu, K Ana... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm lagi muda adik kak ana ni, Insyaa Allah Nurul, kak ana simpan ..:)

      Padam
  11. duit nie KY guna zaman anak dara..hihi
    antik dah ni Ana..nilai nya bukan seringgit lagi..mungkin lebih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernahlah merasa menggunakannya ye kak yon, itulah mungkin nilainya dah makin berharga kak..:)

      Padam