Zahira di Samarinda TV3 (Google Image)

Lama juga tak muncul dengan drama siri terbaru, paling akhirpun dalam Teduhan Kasih yang lalu, kali ini peminat Adi Putra boleh menonton lakonannya menerusi slot Samarinda di Tv3 mulai 20hb November 2014 yang lalu.Di tayangkan setiap Rabu dan Khamis jam 10:00 malam menyaksikan watak yang amat jauh berbeza dari drama-drama romantis sebelum ini. Berganding dengan pelakon wanita popular masa kini Zara Zya.

Sinopsis Zahira:

Kisah Zahira seorang pelajar cemerlang di universiti namun terpaksa bekerja sebagai pengasuh anak-anak Syed Iqbal, seorang lelaki kaya yang sangat sombong dan bengis.Zahira bersama ibu angkatnya mempunyai beban hutang yang banyak dalam kehidupan yang sukar terpaksa bekerja sebagai pengasuh untuk menyelesaikan hutang ibu angkatnya.

Pertemuan dengan Syed Iqbal akhirnya akan membenihkan rasa cinta antara mereka kelak didalam pelbagai konflik.

Paling menarik lagu tema untuk drama siri Zahira ialah lagu Mewangi nyanyian Akim & The Magistrate yang sangat indah lirik dan melodinya pada masa kini.Jangan lupa jom kita terus melayan satu lagi drama siri menarik di malam hari.


Antara pelakon drama Zahira

Adi Putra sebagai Syed Iqbal dalam Zahira



~berkongsi info telemovie disini~

20 Comments

  1. Hehehe... tak leh nak komen... saya dah lama tak tengok drama TV... soreeeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Najib Ariyan, guys memang jarang layan drama siries ni hehe :)

      Delete
  2. Balas kunjungan K.AnaJingga ^_^ n follow..
    Sya pon tgok crite ni kak.. Not bad la stakat ni walupun bru episod kedua mlm ni.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much HusnaZool, jom kita terus layan sampai habis kay :)

      Delete
  3. Mrs. A pun layan.... citer ni

    ReplyDelete
  4. cambest je..saya minat Ryzal tu..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lah Sal, erm Ryzal tu watak antagonis sikitlah.. :)

      Delete
  5. Oh, macam cerita filipin tu yg tajuknya dont break my heart ke? best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok lak Zila cite Filipin tu, lebih kuranglah agaknya cite2 drama ni kan :)

      Delete
  6. cantik dan gagah pemain pelakon drama Zahira



    kianpi pil asli

    ReplyDelete
  7. ALaaaaa...K.Ana ni...ade Adi msti follow jela kan...aahahaa...tp memg cite ni besssttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Shaaa.... yelah dah nama peminat ye dak hehe :)

      Delete
  8. kenapa muka Adi Putra tu nmpk cengkong..sudah tak sehensem dulu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Kak yon... betul juga kan, nampak kurus sangat kan hehe :)

      Delete
  9. Kak Ana, saya minat Zara Zya, trus buka drama ni, heee~ TQ sis.

    ReplyDelete
  10. zahira mmg best tapi kadang terlupa nk tengok...huhu
    suka zara zya berlakon...natural

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm peminat zara zya lah cik viva kita ni :) set time Rabu Khamis kul 10 malam di Tv3 hehee :)

      Delete