kredit foto dari Instagram

Sekali lagi negara kita dilanda musibah banjir besar yang melanda di negeri-negeri pantai timur dan juga beberapa negeri di utara tanahair.Ia memang satu fenomena biasa yang berlaku hampir setiap tahun di musim tengkujuh, cuma saban tahun ianya semakin teruk dan gelombangnya semakin kuat melanda.Anggaplah ianya satu petanda dari Allah swt yang ingin hambaNya tahu akan kehebatanNya yang tiada siapa dapat menghalang.

Ramai mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat penempatan seperti di sekolah atau dewan-dewan, manakala ada yang lebih malang terperangkap tidak sempat menyelamatkan diri dan hanya berteduh di puncak-puncak bukit.Lebih hebat lagi ujianNya bila ada yang telah menjadi korban banjir , kehilangan ahli keluarga ketika musibah ini melanda.Bersabarlah..hanya itu yang dapat diluahkan kata-kata kerana seberat mana mata yang memandang, berat lagi mereka yang memikul beban ujian hebat ini.

Malam tadi, disini... hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke pagi.Terlintas difikiran ana yang masih tidur di dalam kamar sendiri , akan nasib anak-anak yang terpaksa tinggal berteduh di puncak-pucak bukit yang dalam kedinginan malam.Bimbang juga dijangkiti wabak-wabak penyakit seperti denggi kerana terdedah pada gigitan nyamuk.Semoga mereka sentiasa dilindungiNya.Sekadar doa yang mampu dihulurkan.

Dan bila terpandang perkongsian di Instagram malam tadi, hati kembali rasa sebak mengenangkan haiwan-haiwan ternakan ,kucing,anjing dan sebagainya.Di mana agaknya mereka , makhluk Allah yang tak berdaya ini mendapatkan perlindungan.Kelaparanlah mereka, tenggelamkah mereka, sedihnya rasa hati ketika memikirkannya.Sekali lagi kepadaNya jua kita serahkan segalanya kerana Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


~#prayfortanahairtercinta~

14 Comments

  1. kesian kan kak Ana.... apa lah nasib kucing2 tu... harap tuan mereka tak tinggalkan mereka di kala sibuk dengan perpindahan ke kawasan selamat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Eny, bagi kita pencinta haiwan ni benda2 macam ni sungguh menyentuh hati..:(

      Delete
  2. lebih sedih bila mengenangkan ibu bapa yg telah uzur tingal sendirian..siapakah yg membantu mereka menyelamatkan diri. kepada Allah jua di serahkan segalanya..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yon, In Syaa Allah mereka akan diselamatkan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan..:(

      Delete
  3. sangat sedih..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...Ya Allah mohon ya Allah ampuni kami kami tiada berdaya selain memohon rahmatMu..percepatkan berlalu banjir itu ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan cikgu, berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul beban,semoga dipermudahkanNya jua :(

      Delete
  4. Ya Allah sedihnya....Moga banjir cepat berlalu..

    ReplyDelete
  5. dalam bencana begini besar, kita doakan Allah akan lindungi mereka di mana2... kita sudah tak mampu nak membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Najib, setuju dengan hanya mampu berdoa kita dapat menolong meringankan beban mereka yang sedang diujiNya.

      Delete
  6. assalamualaikum ana...kesian tengok gambar ni...moga semuanya selamat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, sedih sangat kan..semoga ada yang terselamat dari bencana sebegini.

      Delete