Drama Satu Hari di TV9:

 


Selepas tamat drama siri Setitis kasih Darmia di TV9, slot Ratu digantikan dengan satu lagi drama siri yang menarik dan mengundang air mata iaitu Satu Hari atau tajuk asal drama ini ialah Satu Hari di Sarajevo.Gandingan pelakon hebat Remy Ishak (Isfahan) bersama Sara Ali (Sabrina) disamping pelakon kesukaan ana ,Rita Rudaini (Lia).

Drama siri Satu Hari selama 14 episod ,bermula 2 Disember lalu bersiaran setiap Selasa dan Rabu jam 8:30 malam di TV9.Sesuatu yang paling ana suka dari drama ini selain dari jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakon hebat ialah latar belakang pemandangan yang sangat indah di Sarajevo,Bosnia-Herzegovina  ketika musim sejuk bermula.

Sinopsis drama Satu Hari :

Mengisahkan Isfahan yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez.Lia minta untuk diceraikan dan cuba menjauhkan anak mereka Puteri dari Isfahan.

 Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina, yang juga jirannya di Sarajevo.Pertemuan mereka disana akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta antara mereka walaupun awalnya Isfahan masih terikat dengan memori silam dan sukar untuk mempercayai wanita. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez.

Dari sinilah bermula semula konflik antara kisah silam Isfahan bersama Lia atau cinta barunya untuk Sabrina.Mari kita tonton drama menarik ini hingga ke akhir episodnya nanti.

Drama ini sangat menyentuh perasaan apabila memilih lagu tema 'Sesal Separuh Nyawa' nyanyian Alyah.Ana kongsikan disini beberapa keping foto dari petikan drama siri Satu Hari dari carian 'Google Image' dan IG Remy Ishak.








~berkongsi info drama siri disini~

18 Comments

  1. rita rudaini berlakon jadi bekas isteri isham ke? apa pun saya suka sara ali berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mar, rita sebagai bekas isteri Isfahan, Sara Ali ada cara lakonannya tersendirikan..:)

      Delete
  2. Drama fav mak saya.. sebab dia suka nama Isfahan tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah kak ana pun suka tengok Remy sebagai Isfahan dalam siri ni :)

      Delete
  3. Mmm...kedengaran menarik ceritanya...tapi kak selalu tak berkesempatan dengan TV9 ni sebab abang suka tengok TV3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena mengalah ye Kak Mala, tak pe tv3 pun banyak juga drama siri menarik untuk di tonton.

      Delete
  4. ohhh inilah dia cerita yg panas di pasaran sekarang...

    ReplyDelete
  5. Huhuuuuu... tak berkesempatan lagi nak tengok.
    Masa tayangan tak sesuai dengan Mrs. A.
    Bila baca sipnosis K. Ana teringin nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita agak menariklah pada kak ana, mungkin faktor masa tu yg tak bersesuaian dengan Mrs A ye.. :)

      Delete
  6. Macam best je cite ni Ana, kena tgk ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak Linda, tapi dah dua minggu tak ada slot ni kat TV9 tak tahu kenapa ..:(

      Delete