sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 15 Disember 2014

Kabus Pagi


Kabus

Kabus pagi di Janda Baik,Pahang

Menurut tafsiran wikipedia kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondesasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%.

Namun, ketika ini agak jarang lagi kabus muncul di subuh hening di sekitar kawasan perumahan kita kerana suhu dunia yang semakin panas walaupun diwaktu syuruk.Hanya kelihatan di kawasan tanah-tanah tinggi yang masih segar dengan kehijauan alam semujadi.

Rindu pada kehadiran kabus dingin di subuh hening yang menyapa pandangan yang sangat nian indah seperti waktu kami kecil-kecil dahulu di desa pinggiran. Kini yang sering muncul menyeliputi alam adalah jerebu, akibat dari kerakusan tangan-tangan manusia yang idamkan arus permodenan dan memenuhi keperluan sesama insan.

Barangkali suatu hari nanti, anak-anak kita tidak lagi melihat heningnya kabus pagi dan akan keliru antara kabus dan jerebu.Semoga bumi Allah ini akan kekal terpelihara dari kemusnahan yang amat dahsyat sehingga seolah-olah kita bakal bernafas dalam debu.


Kabus pagi di Cameron Highland

Kabus pagi di Bukit Larut,Taiping,Perak


~berkongsi yang indah-indah disini~

24 ulasan:

  1. Di Kedah masih boleh nampak lagi... selalunya di kawasan bendang... mmg best hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronoknya di tengah sawah bendang, dihembus angin menderu,nyaman dan tenang sekali Eny :)

      Padam
  2. Balasan
    1. tu yang kak ana katakan tu Sal, lama2 anak2 keliru antara kabus dan jerebu :)

      Padam
  3. Dulu2 lalu hiway sebslah pagi seronok..sejuk dek kabus pàgi..lar ni lemas dgn jerebu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 muncul juga kakyon, kalau Karak pagi2 masih ada kabusnya..PLuS dah kurang sangat jarang2 ada :)

      Padam
  4. sis, nak dpt kabus kena gi cameron highland ler kan skrg ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki kadang2 cameron pun dah tak berkabus sangat tak seperti dahulu.. :)tengahari panas cuma malam masih dingin sb tu hotel sana masih tak guna aircond kan :)

      Padam
  5. Kat rumah kak selalu saja boleh lihat panorama kabus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu lah flora yang indah2 subur di halaman Kak Mala.. :)

      Padam
  6. naik highway karak best pagi2 sbb kabus... sampai kol 1000 pon kadang2 kabus masih ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lia, ada ketikanya ia masih berkabus di Karak kerana dikelilingi hutan yang masih hijau disekelilingnya :)

      Padam
  7. kat Seremban lebih kepada Jerebu jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawasan bandar Mrs A, payah dah nak jumpa kabus ni :)

      Padam
  8. jgn jerebu.. kabus takpe.. nikmatnye suasana pagi berkabus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah eMMe, bila jerebu nafas semakin sesak dalam debu :(

      Padam
  9. acik masih ingat masa kecik2 dulu rasanya pagi2 memang selalu ber kabus

    BalasPadam
    Balasan
    1. beul acik, nak pi sekolah pun berat nak mandi, mak siap masakkan air panas zaman tu tak ada heater lagi... :)

      Padam
  10. rindunyee suasana pagi dekat kampung.. bestt n nyaman je.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang segar dan nyaman kan Anizz ketika berada di kampung halaman :)

      Padam
  11. Di taman perumahan saya di amansiara, selayang masih dpt lihat dan rasa sejuknya kabus pg... tapi sekarang saya sewakan rumah tu... huhuhu rindu pulak nak berkabus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawasan yang kurang tercemar masih berkabus Nora, erm dah rindu pula ye :)

      Padam
  12. mesti sejuk ni.
    kat sini jumpa asap kete motor jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua foto2 tu dikawasan tanah tinggi mama,sejuk di pagi hari :)

      Padam