sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 18 Disember 2014

Mainan Anak Patung


Mainan Barbie Doll


Patung Barbie Doll

Tengahari semalam ana lihat Adik Ika sibuk mengeluarkan kotak bekas mainannya dari bawah katil.Memandangkan cuti persekolahan masih berjalan dan dia keseorangan dirumah, ana fikir Adik Ika ingin bermain semula dengan anak-anak patung Barbie.Rupa-rupanya dia sekadar ingin membersihkan dan mengemas koleksi mainan Barbie yang dah lama tidak disentuh.

Kebanyakkan patung mainan Barbie ni, ana belikan dari usia kanak-kanak dan paling akhirpun ketika dia di dalam darjah 3 atau 4.Selepas itu, Adik dan Kak Long tidak lagi berminat bermain dengan anak-anak patung Barbie lagi.Selalunya, mereka dihadiahkan mainan ketika sambutan harijadi atau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Koleksi pakaian Barbie Doll

Anak-anak ana ketika kecil dahulu memang ana belikan mainan seperti anak patung, masak-masak,dekorasi rumah dan sebagainya.Secara tidak langsung mendidik jiwa mereka dengan nilai-nilai kasih sayang seperti menjaga dan menyimpan barang-barang mainan mereka dengan baik.Kanak-kanak perempuan memang gemar bermain dengan menyikat rambut, menukar pakaian,masak-masak dan menyusun kelengkapan rumah.Setidak-tidaknya melatih sifat-sifat kelembutan atau feminin dalam diri mereka dan berfikir secara kreatif.


Koleksi Aksesori Barbie Doll

Mainan barangan ruang tamu

Pinggan mangkuk kecil

Koleksi makanan mainan Barbie Doll

Dapur mainan Barbie Doll

Walaupun anak-anak ana tidak lagi bermain dengan mainan anak-anak patung Barbie, namun ianya masih tersimpan dan dijaga dengan baik sehingga hari ini.Ana agak tegas dengan anak-anak ketika mereka kecil dengan mempastikan mereka akan menyimpan dan mengemas semula alat-alat permainan selepas selesai bermain.Dengan cara ini, dapat mendidik mereka menghargai dan menyayangi barang milik mereka sendiri dan sebagai ganjaran mereka akan dapat menambah koleksi mainan yang baru.

Kadang-kadang rindu juga dengan telatah anak-anak ketika mereka masih kecil.Teringat kadang-kadang mereka bercakap sendirian sambil memainkan watak-watak anak-anak patung Barbie.Apapun cara didikan terpulanglah mengikut cara masing-masing, kerana ana yakin dan pasti semua ibu bapa ingin yang terbaik buat anak-anak.Kasih sayang dan doa adalah pegangan kita dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang akhlak dan peribadi disamping berjaya di dunia dan akhirat.In Shaa Allah.


~berkongsi kisah mainan disini~

24 ulasan:

  1. assalamualaikum ana...betul tu kekadang mainan anak2 perempuan ni memang byk masa mereka masih kecik dulu tapi bila dah besar mcm anak mama habis semua mainan mereka bagi pada sepupu dan saudara yang masih ada anak yg masih kecil....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama,banyak juga yang dah diberi kepada sepupu dan anak buah yg masih kecil mama,yang ni antara yang mereka sayang dan masih simpan :)

      Padam
  2. Banyak koleksi anak patung barbie kepunyaan anak Ana. KY dulu pun belikan ank patung barbie untuk anak perempuan KY..tapi selepas ada yg mengatakan malaikat tak masuk dlm rumah, habis semua KY buangkan..huhu
    Setuju dgn ana, anak perempuan digalakan main anak patung dan masak2vsupaya ada rasa feminin dlm diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga ana dengar tentang isu ni KY, anak patung ni semua semasa anak2 ana kecil dahulu,sekarang semuanya dah tersimpan dalam kotak .. :)

      Padam
  3. Anak acik lelaki ana.lain pulak mainan nya..aswk la nak beli lori..jentolak keretapi kapal terbang..he he..tapi tu umur setahun dua je..budak2 lelaki lebih suka bermain di padang ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tentulah lain mainannya acik,macam anak buah ana banyak koleksi kereta dan mainan super hero je :)

      Padam
  4. Saya tak pernah ada patung Barbie ni.. dulu2 patung ni kira mainan yg paling mahal lah... so buat je patung dari kain batik hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahallah juga Eny, sebab tu kak ana tak beli selalu macam setahun sekali untuk bday ataupun utk hadiah selepas exam dengan good result.. erm kak ana tahu anak patung kain batik tu hehe :)

      Padam
  5. Hahhaa...Zaman kak dulu memang buat anak patung dari kain batik..( kak dah terlupa mcmana cara nak gulungnya..) Masa tu juga suka buat anak patung lukis sendiri dng kertas kulit buku tulis. Lepas tu guntinglah ikut badan. Sampai pandai lukis cantiklah anak patung dia. Buat baju mcm2 color dan patern. Lepas tu ada keluaran anak patung kertas yang boleh di beli di kedai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seingat ana kak Mala, gulung pasti tarik kan hehe , yang anak patung kertas tu sampai ke masa anak-anak ana disekolah rendah mereka pun merasa mainnya,bersepah rumah dengan kepingan baju-baju anak patung kertas ni :)

      Padam
  6. Assalamualaikum kak, elok juga tu didedahkan anak patung tu dengan anak- anak. Sekurang- kurangnya ianya boleh membantu anak- anak terutamanya dalam penggunaan bahasa dan cuba perkembangan sosio- emosi mereka. Pretend play plays a major role for young children. :)

    btw, banyak anak- anak patung tu and baju semuanya lawa- lawa. Comel je.

    Teringat balik zaman kanak- kanak dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Bintang, betul tu kita ambil yang positif dari permainan kanak-kanak ni untuk perkembangan emosi mereka dari kecil.Tq so much singgah sini :)

      Padam
  7. Balasan
    1. tq anies :) koleksi mainan semasa anak2 kecil dahulu ni :)

      Padam
  8. SUBHANALLAH
    Comey...
    Aina pula tak suka main anak patung ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Fuza, Aina minat mainan yang lain kut.. :)

      Padam
  9. alahai..comel2 nya..saya tak pernah beli barbie doll..doll kedai 2 hengget je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. doll kedai 2 hengget pun ada gak Mar, mainan anak2 kak ana tu hehe :)

      Padam
  10. rumah sy pun byk barbie doll ni. lebih 7 kot. tp pakaiannya banyak dah hilang. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. aneez pun kumpul barbie doll juga ye, biasalah baju-baju kasut memang mudah hilang :)

      Padam
  11. wahhh untungnyaa....pandai nya anak2 Ana jaga ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Linda, memang ajarkan anak-anak jaga barang2 mainan dari kecil lagi supaya boleh simpan lama :)

      Padam
  12. alahai.... comelnya.... geram akak tengok.... mana leh dapat beli semua tu? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe di mana2 pasaraya pun boleh dibeli Khadijah Mohamed :)

      Padam