Sofia Jane:


Sofia Jane

Kenal tak pelakon popular sekitar tahun 1990-an, Sofia Jane Hisham. Terjumpa semula buku skrap lama ana yang mengandungi koleksi foto-foto lama Sofia Jane ketika mengemas rak buku sekolah anak-anak.Jika sebelum ini ana ada kongsikan satu lagi buku skrap Fauziah Latiff di SINI , kali ini ana 'belanja' foto-foto dari koleksi Sofia Jane pula. Memang salah satu hobi ana ketika remaja suka buat buku skrap tentang artis kesukaan dari keratan gambar di majalah atau surat khabar.Berbeza dengan sekarang semua foto-foto boleh dilihat melalui pencarian Google sahaja.

Sedikit biodata pelakon jelita Sofia Jane yang ana perolehi dari wikipedia ialah seperti berikut :

Datin Sofia Jane dilahirkan pada 14hb Februari 1972 , berdarah kacukan Inggeris dan Melayu.Suami beliau ialah Dato' Meor Azman Mohamed dan mendirikan rumahtangga pada tahun 1995. Pada tahun 1993, Sofia Jane dianugerahkan Artis Paling Popular anjuran Berita Harian ABPBH.

Antara filem-filem lakonan Sofia Jane ialah Mira Edora ,Interlud, Kekasih Awal Dan Akhir (bersama Jamal Abdillah), filem kontroversi Perempuan,Isteri dan..... (Nasir Bilal Khan), Cinta Kita, Sayang Salmah,Jimi Asmara, Suratan Kasih (juga bersama Jamal Abdillah ),Puteri Gunung Ledang dan Susuk.

Sofia Jane juga banyak berlakon dalam drama siri dan telemovie dan juga teater.Itu sahaja serba sedikit info yang ana masih ingat tentang pelakon jelita ini dan sedikit rujukan dari internet.Disini ana kongsikan beberapa keping foto koleksi dari buku skrap ana, wajah Sofia Jane suatu ketika dahulu.Maaf sebab buku ini lama tersimpan dan tidak terjaga sehingga hampir kesemua foto telah agak kusam dan lama..


Sofia Jane ketika kecil











Foto-foto perkahwinan Sofia Jane 








~berkongsi info dan foto Sofia Jane disini ~

34 Comments

  1. Ana..sekali tengok gambar suami Sofia tu ada iras Datok K pulak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak ye kakyon, iras-iras kat misainya kut hehe :)

      Delete
  2. zaman saya remaja pun ada buat..tapi sayang dah dihanyut banjir ;( Huhuhu..dulu-dulu collect Shah Rukh Khan, Britney Spears ngan Ziana Zain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman bila tu Sal, macam lama sangat bunyinya heehee..haha shah rukh khan lagi tu, cayalah..kalau ada boleh share kat blog kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. pan asia memang cantikkan azwar syuhada :) orang kita Melayu pun ada kecantikannya yang tersendiri..:)

      Delete
  4. Masa sekolah rendah lagi ada buku scrap... gemar sangat siri tv space 1999.. suka dengan pelakon watak Maya yang boleh tukar2 jadi benda lain... Minat juga Sofia Jane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya memang trend masa dulu2 kan suka buat buku skrap ni, sebab dulu kita beli surat khabar dan majalah dan boleh simpan keratan foto2 artis faveret SS :)

      Delete
  5. Sofia Jane tetap cantik. awet muda kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik lagi datin sofia jane kan osman :) tq singgah ke sini..

      Delete
  6. Baru je tengok cerita lakonan dia jumaat lepas...Jane Jamilah. Walau dah meningkat usia, lakonan tetap mantap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo drama tu, kak ana tengok juga sekejap,lakonannya dengan sheila rusli dan amiza adnan kan :)

      Delete
  7. Dulu2 memang suka buat buku skrap pasal atris kan..heheh..Sofia Jane still maintain sampai sekarang :)

    ReplyDelete
  8. Dalam loker masa tinggal kat hostel dulu ada gambar Sofea Jane..paling suka tengok dia berlakon filem Kekasih Awal dan Akhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha CP siap letak dalam loker lagi gambar sofia jane ye, tu lagi satu trend dari dulu tampal poster retis pujaan kan..:)

      Delete
  9. salams kak ana,

    wahhh akak, saya salute akak ada scrap book...boleh simpan sampai ke cucu:)

    ReplyDelete
  10. Masa menetap di Indonesia dia pernah mengenakan tudung kepala...

    Pernah terserempak dengannya di Istana Budaya - kecil molek orangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak cik,selepas berkahwin sofia jane tinggal di Indonesia dan pernah bertudung seketika dahulu... :)

      Delete
  11. pernah buat juga.. ternd kot masa tu.. hehe

    ReplyDelete
  12. As'salam baru dapat drop komen..tahnia masih menjaga..lawa juga gambar2 ..pasti sofia terharu ni..dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cikgu EE: kalaulah dia lihat ye hehe :)

      Delete
  13. balas kunjungan petang hari semalam tak dapat kesan ruang ulasan..ok dah sekarang laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu EE : memang lambat loading sb byk foto :)

      Delete
  14. tq kak ana sbb share gambar2 lama sofea jane ni.... mmg best tgk gambar2 lama mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear Eny, saja2 kongsi2 kisah lama2 :)

      Delete
  15. Bolehh yea akak simpan lg buku skrap nii...minat sgguh....
    Sha pon ada buku skrap cmni...tp dh hilg masa pindh rumah...buku skrap hero2 sukan...kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sha, kalau bintang sukan kak ana ada simpan foto2 Fandi Ahmad masa dulu2 tu..hehe :)

      Delete
  16. Sama la zaman saya dulu pun. Habis berlubang-lubang majalah potong gambar retis...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu mama, habis berlubang majalah, ada ketikanya dua2 belah mukasurat gambar retis yang sama, kena buat pilihan dah kan , sangat nostalgia :)

      Delete
  17. anis pun dulu2 mase sekolah rajin kumpul gambar2 lepas tu tampal dlm buku.. suke erra fazira, siti murhaliza, arwah achik spin, banyak lagi la..hihi.. sekarang ntah mane buku tu dh..huhu... hobi kita same la kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah hobi dulu2 masa sekolah, kak ana pun ada koleksi erra fazira juga nanti kak ana kongsikan ye :)

      Delete