sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 19 Januari 2015

Jalan-jalan Cari Panda


Panda di Publika :


Sebelum ni, ana lihat di FB di hadapan menara condong Teluk Intan ada pameran Panda ni, masa tu anak-anak kecewa tak dapat nak pergi. Dua hari lepas dapat 'whatsapp' dari kawan bagi info yang 'Panda tour' ni ada kat Publika,Hartamas. Petang Ahad semalam memandangkan tiada apa-apa aktiviti, kami ke sana untuk melihat 1600 anak patung Panda di ruang legar Publika.

Publika, Hartamas Height,Kuala Lumpur

Road tour Panda ini telah mengelilingi dunia dan sekarang berada di Malaysia anjuran WWF untuk mempromosikan mesej kempen pemuliharaan secara kreatif hidupan Panda.Di Malaysia ia telah bermula pada 21hb Disember 2014 di Dataran Merdeka dan berakhir pada 25hb Januari 2015 di sini, Publika,Hartamas. Disini kita dapat melihat pameran dan jualan patung-patung comel Panda sambil mengetahui latar belakang Panda dan menderma untuk tabung WWF.

Ana ke sini bersama Adik Ika sekadar melihat kecomelan patung-patung Panda sebanyak 1600 buah yang disusun di sepanjang ruang legar Publika sambil bergambar kenangan. Suatu pengalaman yang agak unik, tak pasti bila akan ada kesempatan sebegini lagi.Cuma terkilan juga kerana Kak Long tak dapat bersama kerana memang dia yang sangat menggemari ikon Panda ni.

Berada di Publika sehingga 25hb Januari 2015







~berkongsi info disini~

26 ulasan:

  1. banyaknya patung panda tu ana..rajin sungguh dia orang bawak banyak2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak acik ada 1600 ekor patung panda semuanya :)

      Padam
  2. CP cukup suka dengan pamda..atas katil pun ada sekor hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik boleh geng dgn anak kak ana ni, suka panda hehe :)

      Padam
  3. wow bestnya panda banyak..rugi tak pegi publika last weekend

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada disana Suki till 25 Jan ni :)

      Padam
  4. Ooooo kat Publika rupanya... patut lah ramai kawan bergambar ngan panda ni... ingatkan kat mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Najib di Publika sehingga 25 Januari ni :)

      Padam
  5. Balasan
    1. banyakkan Miss yana 1600 ekor semuanya :)

      Padam
  6. assalamualaikum ana....banyaknya panda cute jer...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikusalam mama : banyak tapi mahal kalau nak beli seekor dijual rm60 termasuk untuk derma WWF sekali :)

      Padam
  7. Balasan
    1. cuma patung Panda ni tak gebu Diana Rashid macam bear toys tu hehe :)

      Padam
  8. banyaknya panda.. tak perasan pula dekat Dataran Merdeka mereka ni ada ... padahal hari2 lalu situ.. mesti serbu gak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sehari je di sana hari tu SS.. macam di Dataran Teluk Intan pun dipamerkan untuk sehari sahaja :)

      Padam
  9. waaahhh banyaknya pandaaa... suka suka

    BalasPadam
  10. Rasa nak mik satu simpan kat umah.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh ambik kak ana orang pertama bawa balik mimi hehe :)

      Padam
  11. Ala diorang tak dtg Kedah ke.. cutee!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia ada road tournya cuma kak ana tak pasti lokasi, namun dah berakhir di Publika minggu depan ni :)

      Padam
  12. nak satuu..agak2 dowg pasan tak kalo kite amik sekor, heee~ byk tu 1600 ekor, huhuuhu..wat pe byk2 ni, juai ke kak Ana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eee jangan eMMe hehe, depa pagar dengan tali kawasan pameran tu..yang banyak2 tu hanya untuk pameran 'road tour' yang untuk jualan ada booth nya lain :)

      Padam