sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 29 Januari 2015

Masih Perlukah Sebuah Diari..??


Sebuah Diari

Hari ni dah nak berakhir Januari 2015, awal-awal tahun hari tu teruja sangat bila suami bawa balik sebuah diari, diari 'free' je pun dari kontraktornya.... Konon-konon tahun ni nak mula semula menulis riwayat di muka surat diari hitam, namun hingga ke saat ini , ia masih kosong..kosong..kosong..

Ana rasa mungkin faktor usia agaknya yang membuatkan tiada minat untuk kembali mengisi catatan diari.Berbeza ketika di usia remaja, hari-hari menulis dihelaian-helaian hingga ke hujungnya.Macam-macam kisah yang diluahkan didadanya, kisah cinta remaja, masalah dengan kawan-kawan, tak puas hati dengan mak ayah, rindu kecewa dan seribu satu coretan.

Kini, bukannya dah tiada cinta yang mewangi, masih mekar buat sang suami, anak-anak, ibu ayah, adik beradik tapi tak tercatat pula di dalam diari.Lebih mudah dizahirkan sahaja barangkali.Lagipun zaman sekarang ni orang lebih suka meluah rasa di laman sosial, biar semua orang tahu agaknya apa yang dirasai ketika itu.Jangan sampai membuka aib orang disekeliling kita sudahlah...berhati-hati sentiasa dengan sebarang 'posting'.

Akhirnya, diari hitam ni , terbiar sepi. Nak salin resepi pun malas juga sebab bila nak cari resepi-resepi baru, boleh Google sahaja...nak buat buku catatan alamat dan nombor telefon pun tak perlu dah sebab dah ada dalam 'contact' di 'handphone'. Simpan sahajalah jawabnya sampai hujung tahun, terbiar begitu sahaja.Inilah kisah ana dan sebuah diari...

50 ulasan:

  1. assalamualaikum ana...bagus juga tu banyak simpan resepi kat situkan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, dulu rajin gak tulis resepi sekarang ni cari Pak Google je kan hehe :)

      Padam
  2. Hehe.. Wana time sekolah menengah rajin sangat tulis diri..semua rahsia ada dalam diari..wink2..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak ana dulu pun macam tu gak, tu yang ingat nak tulis semula, last2 apa pun tak tulis lagi hehe :)

      Padam
  3. Saya pun malas dah nak tulis diari ni... dah ada blog jadi lah diary... cuma saya tulis di diary (ada juga bukan takder) kalau saya travel... sebab nak tau duit pegi mana, berapa dah belanja... gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm ada gaklah NA, hehe betul gak tu buat short note kan utk budget dan catatan travel :)

      Padam
  4. Betul jugak tu..saya dulu masa belum ada anak ,kerap la jugak catit apa2 yang best untuk suami..sekarang ni tak sempat dah nak menulis.baru pegang pen dan buku dah ada yang mai nak menconteng sama ..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe sejak ada PA ni ye DR , tu lah lagipun blog pun dah boleh jadi diari jugakan cuma tak terlalu peribadilah :)

      Padam
  5. saya guna diari untuk menulis..bila dh sampai rumah tulis kt blog..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus juga tu Ummi SFZ, supaya idea tak hilang kan :)

      Padam
  6. hi ana :) slm kenal..saya tak tulis diari lagi sejak abis skola hihihi..tak tau nak tulis apa lagi dlm diari tu :)

    Jemputlah singgah baca http://otie86.blogspot.com/2014/06/set-kesihatan-asas.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Stephanie Liew, maybe takut rahsia terbongkar ni... Ok I'll see you soon dear :)

      Padam
  7. diari ? erm lepas berkhawin dah tak tulis..sebab dah ada suami tempat meluah isi hati :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. terus terang saja lah ye iryanty :)

      Padam
  8. waktu masih bekerja memang sentiasa ada diari gomen tu ana.dah pencen nanti tak de dah acik ada diari ni rasanya..dah tak ada apa yang nak ditulis lagi dah ..betul kata ana..semua dah mudah dizaman it ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Acik, tak pe selagi boleh menulis, tulislah Acik,esok2 boleh juga dijadikan rujukan :)

      Padam
  9. diary adalah tempat untuk lepaskan perasaan yang terbuku tak kita suka atau duka.Akak lebih banyak menulis diary kalau happy dan nak lepaskan rasa teruja.Dan juga ketika akak betul-betul stress.

    Bila dah kawin, akak takde masa mak tulis jiwang-jiwang karat lagi dah.Tapi bila tension dan stress,akak akan tulis dalam diary.Maklumlah...mana boleh cerita kat orang.Buka pekung sendiri namanya.

    Tahu-tahu, suami akak baca semua diary akak secara curu-curi.Bila dah kantoi,barulah dia mengaku.Amboi!bukan main lagi orang tu kutuk kita macam-macam ya...satu pun takde yang baik-baik.Hahaha...amibik kau.Akhirnya akak dah berhenti tulis diary.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo begitu kisahnya , haha terkantoi dengan cik abang pulak dah ye..erm tulah ada buruk baiknya kan, tak kisahlah Salmiah Awang, kdg2 bila tgh stress memang terlebih emosi,siapa pun sebegitu..tq berkongsi kisah disini :)

      Padam
    2. rajin kak salmiah menulis diari

      Padam
    3. kan aRz, rajin sangat kak salmiah kita ni, suka lah :)

      Padam
  10. Saya rasa masih lagi perlu. Tapi tu la, jari nowadays lebih suka menaip instead of menulis. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kan PB, kadang-kadang pegang pen pun cepat lenguh tulisan pun makin buruk sekarang ni :)

      Padam
  11. dairy akak lebih kepada buat catitan masa melayari internet. catit kalau ada nak beli barang on9, on9 banking n apa ajelah yg perlu di catit. aktiviti harian lebih suka tulis di dairy maya di hpon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo kiranya dairi KY dah jadi buku catatanlah kan hehe :)

      Padam
  12. diari sekarang lebih pada blogging sis..hihi..mcm suki diari tak perlu tp buku nota ke mana2 sbb student kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. student kenalah bawa buku nota Suki, blogging pun dah sebahagian dari catatan diari, tapi taklah terlalu personal kan hehe :)

      Padam
  13. Mrs. A pun dah! lama tak tulis diary. Zaman remaja dan baru-baru kahwin dulu masih tulis lagiks.. sekarang guna diary macam notebook, bila gi training atau course untuk noted.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya macam tu lah kan Mrs.A, bila dah berumahtangga ni masa memang terhad lebih-lebih lagu yang berkerja.. :)

      Padam
  14. Mak sy minat tulis diari ni...smpai ke hari ni dia msh menulis rasa2nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya Sham, teringat pula arwah bapa mertua kak ana, suka buat catatan tapi bukan dalam diari, dalam buku latihan sekolah warna coklat tu..macam-macam arwah tulis termasuklah doa-doa hafalannya.. :)

      Padam
  15. Kadang teknologi ni ada jugak buruknya. Misalnya kemahiran kita untuk tulis guna tangan. Macam saya ni bila dah kerap sangat menaip, nak tulis tangan pun tengok tulisan dah jadi buruk semacam sampai rasa malas nak tulis guna pen. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah SY, terketar-ketar dah nak menulis lama, tulisanpun dah tak seindah zaman sekolah dahulu,bulat-bulat dan comel je.. sekarang al lintang wal pukang dah jadinya :)

      Padam
  16. Dah lama saya tak tulis diari... Hanya tulis pasal kerja aja...Masa belajar dulu adalah buat.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekangan masa barangkali Sunny Yunus :) terima kasih atas kunjungan :)

      Padam
  17. awal tahun ja semangat lepastu..dok dalam laci je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. CP, kak ana ni masa dapat je semangat, lepas seminggu masih kekal kat atas meja tu tak berisi langsung hehe :)

      Padam
  18. dulu rajin tulis diari....
    t.kasih singgah blog saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Cik Sal, terima kasih singgah kembali ke sini, semoga terjalin ukhwah :)

      Padam
  19. linda ada lagi diari tapi dah jarang tulis, lebih kepada nota...kalau zaman2 sekolah dulu, setiap tahun mesti wajib satu...masih ada sampai sekrg hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestnya Linda masih simpan, ana lama dah dikoyakkan kerana banyak sangat luahan hati di masa remaja dahulu kala tu hehe..:) takut gak terkantoi huhu :)

      Padam
  20. xberani nak ada nti ada org baca..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Yaya, kalau yang hat dulu-dulu tu takut gaklah terkantoi dengan suami kisah-kisah silam hehe :)

      Padam
  21. Halimah dulu pernah ada diari tapi tak konsisten..suka beli bukunya shj..sebab bukunya cantik2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. covernya memang cantik-cantikkan Halimah, memang betul konsistensi tu yang jarang ada pada kita ni.. :)

      Padam
  22. diari saya untuk menulis perkara yang penting takut lupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga tu aRz, kak ana pun nak buat jugalah untuk catatan hal-hal yg penting kan :)

      Padam
  23. anis ade jugak diari skrg tp utk notes penting je..huhu.. dulu2 beli diari cantik2.. buat luah perasaan konon2..huhu.. bile bace balik nak tergelak je.. rase budak2 sgt time tu..hahha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..masa kak ana remaja dulu rajin sgt menulis ni luah-luah perasaan, maklumlah masa tu bf jauh study, hehe kini tinggal kenangan je dah...diari tu pun dah musnah agaknya :0

      Padam
  24. sha pon sama k.ana...bsgguh beli...last2 suci bersih diarinyee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, suci bersih ye Sha..cantik ayat Sha tu... :o

      Padam