Pantai Bagan Lalang @ Gold Coast,Sepang.

pantai bagan lalang selangor

Jauh juga perjalanan ana dari Rawang untuk sampai ke Pantai Bagan Lalang atau Gold Coast, Sepang ni.Tujuan asal nak ke Pantai Gold Coast,Morib tu sahaja, tetapi bila set GPS dibawanya ke Sepang, kira salah teknik lah ni.Namun apapun sama juga tujuan ana, rindu nak ke pantai, rindu pada desiran ombak laut dan tertunailah hasrat bersama suami dan anak-anak ke pantai.Sebenarnya keliru tentang Gold Coast ni, rupanya di Morib pun ada dan di Sepang pun ada Gold Coast atau nama asalnya Bagan Lalang.

Kelihatan deretan Ivani Sepang,Gold Coast Resort

Tarikan utama di sini ialah melihat keunikan Ivani Sepang,Gold Coast Resort, atau juga dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort, dimana resort mewah terapung di atas laut yang dibina meyerupai sebatang pokok kelapa susunannya jika dilihat dari atas.Kena ada bajet yang tinggi untuk menginap disini dan ana sendiri tidak bercadang untuk bermalam sekadar makan angin sahaja.Terdapat juga Hotel Seri Malaysia dan beberapa buah chalet dan homestay di sekitar Bagan Lalang.


Pantai Bagan Lalang,Gold Coast Sepang

Pantai Bagan Lalang ni, air lautnya tidak berwarna biru petang itu, mungkin faktor cuaca atau laut yang cetek ana tidak pasti, ombak yang menghempas ke pantai warna airnya agak keruh.Namun hembusan bayu tetap menyamankan dan desiran ombak amat mendamaikan jiwa yang amat rindu pada lautan.Ramai juga kanak-kanak dan dewasa mandi manda di sini walaupun airnya tidak jernih dan membiru.



Aktiviti Paraglider di Pantai Bagan Lalang

Terdapat juga aktiviti menaiki 'aircraft paraglider' yang boleh membawa kita terbang tinggi di awan melihat keindahan lautan dan sekitarnya dari udara. Erm memang tak kan naiklah kami yang memang gayat dengan ketinggian ni, namun pasti ia suatu pengalaman yang menarik kepada mereka yang pernah mencubanya.

Kapal layar di Pantai Bagan Lalang,Sepang

Petang itu juga ana sempat melihat sebuah kapal layar sedang belayar tenang di tengah lautan.Satu pemandangan yang menarik sekali untuk di rakamkan dan dikongsikan disini.




Pantai Bagan Lalang, walaupun tidak seindah pantai-pantai di Trengganu atau Pulau Pangkor, namun ia tetap sebuah pemandangan yang indah ciptaanNya. Cuma tangan-tangan manusia yang tidak menghargai alam yang rakus mencemar perairan dan tidak mendisplinkan diri menjaga kebersihan pantainya. Mungkin bagi ana cukuplah sekali ke sini namun tidak pernah menyesalinya kerana ia merupakan sebuah perjalanan mengisi pengalaman dalam kehidupan.Ana kongsikan lagi beberapa sudut pemandangan yang sempat ana rakamkan sepetang di Pantai Bagan Lalang atau Gold Coast,Sepang.




Tarian ombak memukul pantai

anajingga pernah ke sini...


~berkongsi tempat yang pernah dikunjungi disini~

12 Comments

  1. salams kak ana, bestnya prg pantai....main layang2 pon best tu hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan angin je Mieja... melepaskan rindu pada lautan dan ombaknya :)

      Delete
  2. Ana, saya suka pantai bagan lalang ni, cantik dan agak bersih. Banyak tempat makan pulak tu. Kalau dpt duduk kt gold coast tu best kan tapi mahal lerrr...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dia Linda, teramat lah mahal ye..belum berkemampuan lagi nak stay hehe..tempat makan memang banyak dan murah jugalah harganya... :)

      Delete
  3. kita pernah sampai sini kak, tapi lebih kurang 14 tahun yg lalu.. agaknya, skrg mesti jauh beza kan.. tgk gambar je pun dah tahu, makin cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uii lama dah tu mama, mungkinlah ada banyak perbezaan sebab kak ana kali pertama ke sini :)

      Delete
  4. Kak Ana...Happy Belated Birthday.
    Saya doakan yang terbaik dunia akhirat buat akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih Fuza, Happy Birthday to you too my dear.. :)

      Delete
  5. Wah.. ini kisah gambar pantai di Ig Ana hari tu ya. Seronok dapat ke pantai sekali sekala ni.. damai rasa.. kalau ke pantai yg lg cantik, lagila rasa bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kat IG tu intro je Aisy, kisahnya disini..hehe betul tu pantai dan lautan mengambarkan kebesaranNya ..sangat indah dan cantik :)

      Delete
  6. suka betul kak ana dengan pantai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm macam tu lah CP, kak suka pada keindahan alam dan keasyikan ombak yang menghempas ke pantai, sangat mendamaikan :)

      Delete