sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 20 Januari 2015

Sengkuang Calit


Sengkuang Calit

Siapa pernah makan sengkuang calit sos manis ni ?? Makanan ni mengingatkan ana pada zaman sekolah rendah dahulu, ketika pulang dari sekolah sementara menunggu bas sekolah sampai, ada seorang kakak ni menjual sengkuang calit dengan sos merah dan ditaburkan kacang goreng.

Sengkuang tu tambah sedap bila disimpan dalam bekas ais, sejuk dan rangup je bila dimakan.Baru-baru ni, ketika lepak malam di Gerbang Malam, Teluk Intan, ana terjumpa seorang adik menjual sengkuang calit ni dengan harga RM1 sekeping.Jika dahulu harganya hanya 10sen sekeping..itu dahulu..kan.. Tapi sekarang ni, kepingannya besar dan bebaloi lah.Ana beli dan berikan anak-anak merasainya dan mereka suka.

Sebenarnya puas juga menGoogle mencari bahan untuk membuat sos merah yang dicalitkan pada sengkuang tu.Bukan apa tentu lebih puas kalau buat sendiri kerana sengkuang mudah didapati dan murah saja harganya.Namun kebanyakan blog tidak ada resepi khusus untuk membuat sosnya sebaliknya mereka membeli yang 'ready made' dari kedai. Ada juga yang mengatakan ia dibuat dari taucu manis.Sekiranya ada pembaca yang singgah tahu resepi sos merah sengkuang ni bolehlah kongsikan dengan ana di ruang komen.Teringin sangat nak buat sendiri sosnya..


~mencari resepi sos sengkuang calit disini~


klik gambar untuk besarkan imej :)

34 ulasan:

  1. Kak Ana.. mak mentua saya tau buat kuah tu. Rasanya dia campurkan taucu, kicap manis, gula merah dan serbuk cili. masak sekali semua tu je lama2 sehingga pekat. nanti saya cuba tanya kan lagi heehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa ye ke Eny, nanti share kan kat blog Eny ye, kak ana nak sangat resepi tu hehe :) tak sabar ni..

      Padam
  2. acik suka sangat ni ana..dah tua ni baru acik tau..kecik2 dulu tak jumpa pulak..sedap rangup kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe tak kiralah acik, dulu ke sekarang ke tapi memang krup krup makan kan sedap :)

      Padam
  3. saya dulu makan dengan sos biasa je..sebab teringin sangt..nak buat sos nya tak reti..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diana, kak ana ingatkan sosnya buat dari tomato puri sebab ada masam2 sikit kan..:)

      Padam
  4. kak ana saya tak pandai makan.....uhukkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm nanti kalau jumpa cuba Mieja try beli dan rasa hehe :)

      Padam
  5. x penah pula makan sengkuang calit..tapi nampak best la

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin di Sabah belum ada yang buat ni wana, cubalah cuma kena cari sosnya tu :)

      Padam
  6. Benda baru ni. Nampak menarik. Thanks for sharing ya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru bagi PB tapi once upon a time buat kak ana hehe :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Kan SS, zaman ana era 1990an hehe :)

      Padam
  8. sedap kalau terus makan... kalau biar sekejap, da kurang umph sbb air sengkuang da keluar ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lia, kalau biar lama dah tak rangup dah kan.. :)

      Padam
  9. saya pun ada beli kat tempat saya baru2 ni
    memang sedap rasa dia
    zaman sekolah saya dulu takde
    zaman sekolah rendah saya tahun 80 an
    suka makan jeruk kulit mangga
    sekarang dah takde :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jeruk kulit mangga erm ada juga makan sekarang dah 'rare' dah kan Tihara..:)

      Padam
  10. Ana..thanks for posting sengkuang calit ni. Nolstalgia makanan ni. Bayangkan kak start makan benda ni dikantin sekolah masa darjah satu tahun 1969 dulu kala. Sangat2 feveret. Sekeping 5 sen. Sengkuang pun besar & juicy, pedas manis cukup lemak dengan kacang goreng tabur atas...Sos dia dulu beli dikedai. Orang panggil sos rojak Satu sos manis pedas dan satu sos masam sikit. Sampai sekarang sos tu masih ada jual lagi dalam balang plastik. Namun rasa sos sekarang sudah tidak sesedap dulu lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah tu Kak Mala, era sengkuang calit ni kan, ana mula kenal makan ni era 90an dahulu.. masalahnya tu lah payah nak jumpa yang jual sos ready made tu, masih tercari-caru resepinya.. sama-sama Kak Mala, apa yang ada ana kongsikan disini sambil menjalin ikatan ukhwah :)

      Padam
  11. Kat sekolah anak Mrs. A sekarang ni memang ada lagi sengkuang calit

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya mereka jual di sekolah kan Mrs.A.. sedap makan time panas-panas cuaca ni :)

      Padam
  12. perghhh bergenang air liur saya kak ana, heeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm macam mana nak buat ni eMMe, nanti mengidam pula adik kak ana ni hehe :)

      Padam
  13. pernah try skali masa kt padg mainan..bleh thn ok gak,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena makan time tu gak Sha, baru rangup hehe :)

      Padam
  14. sedap tu.. dah lama tak makan sengkuang macam tu..

    BalasPadam
  15. suka mkn juga.. dulu kecik2 byk org jual ni. kalau gerai jual abc, mst ada jual laksa n sengkuang calit ni. kira package lah..

    done follow #779

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke, ada pekej pulak gerai abc tu kan..tq so much norsalihah sudi following disini :)

      Padam
  16. Assalam Nak dapatkan sos merah sengkuang calit ori sila layari http://agrinurfoodindustries.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. Mne nk beli sos sengkuang calit nie ngan kacang goreng tuh...nak 1je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah ana pun tak pasti mana nak beli Mohd Faizal :)

      Padam