sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 20 Mac 2015

Bila Nombor Celcom Kena Blocked



Kerana terlalu jarang menggunakan panggilan telefon melalui handphone kini, ana langsung tidak menyedari bahawa tempuh aktif prepaid Celcom telah lama tamat.Selalunya ana akan top up kredit bila diberi amaran namun kali ini, Celcom tidak menghantar amaran dan terus deactivated nombor Celcom. Ana hanya menyedari bila seseorang memberitahu bahawa nombor panggilan ana tiada lagi dalam perkhidmatan.Mahu tak cemas kan..


Ana pun cuba menghubungi melalui talian tetap dirumah dan memang sah nombor telah tiada dalam perkhidmatan dan indicator bar Celcom juga sudah tiada di telefon.Ini sangat membimbangkan kerana nombor tersebut telah lama ana gunakan dan diketahui oleh saudara mara dan kawan-kawan termasuk nombor daftar untuk perkhidmatan Whatsapp dan lain-lain media sosial.

Ana terus menghubungi Customer Service 03 36308888 dan telefonis memberitahu bahawa nombor ana disekat sementara kerana sudah tidak aktif melebihi 50 hari. Sekiranya melebihi tempoh 60 hari tidak aktif nombor tersebut akan ditamatkan terus dan dijual semula kepada umum.Mereka mengarahkan ana ke Celcom Centre yang berhampiran dan mengaktifkan nombor semula dengan menambah nilai sebanyak RM30.

Ana ke Celcom Centre yang terdekat di Selayang dan setelah menambah nilai di sana, nombor tersebut dapat diaktifkan semula.Pemilik nombor harus pergi sendiri dengan membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.Barulah rasa lega dan memang serik dah selepas ini kerana sayangkan nombor tersebut yang dah lama ana gunakan.

Mulai sekarang kena lebih peka untuk menghidupkan prepaid sebelum melebihi tempoh 50 hari supaya kita dapat terus menggunakan nombor telefon yang kita daftarkan.Belajar dari pengalaman.


~berkongsi pengalaman nombor Celcom diblocked disini~

15 ulasan:

  1. pcl adalah pengguna celcom tapi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi..... isi tempat kosong sendiri ye PCL :)

      Padam
  2. setakat ni tak penah lagi kena blockd. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus Nani , kak ana ni 1st time dah guna lama tak pernah tukar2 nombor tu yang sayang sgt tu :)

      Padam
  3. jenuh nak igt lah kan kak ana tarikh nak kekal aktif no prepaid ni huhuhu... patut diorang hantar reminder lah kan... selalu maxis ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Eny,pasni sebulan sekali top up pun jadilah kan :)

      Padam
  4. aina guna sox jadi xtmbh topup smpai umur 26 pun xpe. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cn guna gak sox masa study dulu, sekarang dah tak boleh ;)

      Padam
    2. hehe masa student untung kan, macam anak2 kak ana guna sekarang ni..:)

      Padam
  5. Dah lama bertukar dari Celcom ke Maxis ke DiGi..tapi pi mai pi mai tang tu juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama je kan CP, kak ana cuma sayang kan nombornya tu,sb dah diketahui semua kawan dan saudara-mara kan .

      Padam
  6. Amboi! lama tu... mungkin sebab kak Ana ada telefon rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah ada sebab kak ana guna streamix kan Mrs A..

      Padam
  7. No saya kena blok ,tapi x blh biat kat tmpt saya,kena pergi klang or teluk intan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fatinatul nazihah, buka semua tempat boleh buat kena pergi ke centre nya disesetengah kawasan memang tak ada :)

      Padam