Bila Nombor Celcom Kena Blocked
Ana pun cuba menghubungi melalui talian tetap dirumah dan memang sah nombor telah tiada dalam perkhidmatan dan indicator bar Celcom juga sudah tiada di telefon.Ini sangat membimbangkan kerana nombor tersebut telah lama ana gunakan dan diketahui oleh saudara mara dan kawan-kawan termasuk nombor daftar untuk perkhidmatan Whatsapp dan lain-lain media sosial.
Ana terus menghubungi Customer Service 03 36308888 dan telefonis memberitahu bahawa nombor ana disekat sementara kerana sudah tidak aktif melebihi 50 hari. Sekiranya melebihi tempoh 60 hari tidak aktif nombor tersebut akan ditamatkan terus dan dijual semula kepada umum.Mereka mengarahkan ana ke Celcom Centre yang berhampiran dan mengaktifkan nombor semula dengan menambah nilai sebanyak RM30.
Ana ke Celcom Centre yang terdekat di Selayang dan setelah menambah nilai di sana, nombor tersebut dapat diaktifkan semula.Pemilik nombor harus pergi sendiri dengan membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.Barulah rasa lega dan memang serik dah selepas ini kerana sayangkan nombor tersebut yang dah lama ana gunakan.
Mulai sekarang kena lebih peka untuk menghidupkan prepaid sebelum melebihi tempoh 50 hari supaya kita dapat terus menggunakan nombor telefon yang kita daftarkan.Belajar dari pengalaman.
~berkongsi pengalaman nombor Celcom diblocked disini~
15 Comments
pcl adalah pengguna celcom tapi...
ReplyDeletetapi..... isi tempat kosong sendiri ye PCL :)
Deletesetakat ni tak penah lagi kena blockd. hihi
ReplyDeletebagus Nani , kak ana ni 1st time dah guna lama tak pernah tukar2 nombor tu yang sayang sgt tu :)
Deletejenuh nak igt lah kan kak ana tarikh nak kekal aktif no prepaid ni huhuhu... patut diorang hantar reminder lah kan... selalu maxis ada
ReplyDeletetu lah Eny,pasni sebulan sekali top up pun jadilah kan :)
Deleteaina guna sox jadi xtmbh topup smpai umur 26 pun xpe. hehe
ReplyDeletecn guna gak sox masa study dulu, sekarang dah tak boleh ;)
Deletehehe masa student untung kan, macam anak2 kak ana guna sekarang ni..:)
DeleteDah lama bertukar dari Celcom ke Maxis ke DiGi..tapi pi mai pi mai tang tu juga
ReplyDeletesama je kan CP, kak ana cuma sayang kan nombornya tu,sb dah diketahui semua kawan dan saudara-mara kan .
DeleteAmboi! lama tu... mungkin sebab kak Ana ada telefon rumah
ReplyDeletehaah ada sebab kak ana guna streamix kan Mrs A..
DeleteNo saya kena blok ,tapi x blh biat kat tmpt saya,kena pergi klang or teluk intan
ReplyDeletebetul tu fatinatul nazihah, buka semua tempat boleh buat kena pergi ke centre nya disesetengah kawasan memang tak ada :)
Delete