Bunga Misteri

by - Friday, March 06, 2015


Bunga apakah ini?

 

bunga berwarna oren

Pernah tak terlihat bunga berwarna oren ini? Tahukah apa nama bunga dan pokok ini? Sebelum ini, ana pernah kongsikan foto di atas di Instagram dan beberapa page di FB yang berkaitan dengan bunga.Namun sehingga saat entri ini di tulis, ana masih belum temui jawapannya.Sangat kelakar bila ramai yang menjawab bunga-bunga cinta, bunga angkasa,bunga citra lestari dan macam-macam lagi jawapan kelakar dari rakan-rakan ana di Instagram.




bunga berwarna oren

Ana menemui pokok bunga berwarna oren ini semasa berada di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.Pertamanya ana tertarik dengan warna oren atau lebih seronok disebut warna jingga. Kuntumannya terdiri daripada rangkuman kuntum kecil-kecil mencipta segugus kuntuman yang besar dan lebat berbunga.Lebih unik lagi, ia bukan sekadar berbunga di dahan malahan di bahagian bawah batang pokokpun masih mengeluarkan bunga. Sangat unik dan cantik sekali kuntuman bunga berwarna oren.

berbunga di batang
Ia mengeluarkan bunga di batang pokok

Sekiranya ada yang mengetahui atau pernah melihat pokok misteri dengan bunga berwarna oren ini, bolehlah tinggalkan jawapannya di ruang komen .Ana betul-betul ingin mengetahui tentang nama pokok bunga berwarna oren  yang sangat menarik kerana ana memang seorang yang suka dengan bunga-bungaan yang indah-indah.


~berkongsi kisah disini~

You May Also Like

32 comments

  1. cantik bunga tu..wana pun baru nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik Wana, masih tercari-cari jawabannya :)

      Delete
  2. Bokok apa tu kak ana? Macam pelik aje. Tapi bunganya cantikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah CC, kak ana masih tercari-cari,apakah nama pokok bunga misteri ni.

      Delete
  3. 1st time tengok. Mungkin bunga dari luar dibawa tanam disini...cantik...ada pelik & unik sikit,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah Kak Mala sendiri tiada jawaban memang sah2 lah ana tak jumpa jawapan yang pasti tentang bunga ini, ana tunggu komen dari kak Mala sebenarnya :)

      Delete
  4. Patut la nama anajingga. Kak ana minat oren

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu sebab Irra, selain daripada nama kucing kak ana Mat Jingga yang dah tiada tu :(

      Delete
  5. Subahanallah.... unik ciptaanNya... di dahan bawah pokok pun tumbuh bunga... hehehehe... :)

    p/s : kelakarnya siapa yg teka Bunga Citra Lestari tu.. hehehehehee... Wanita Terbahagia sangat la tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm macam-macam jawapan geng2 EFG bagi kat IG kak ana Ain :)

      Delete
  6. sepatutnya pengurusan taman letak nama botani bunga ni.. depa terlepas pandang kut mengenai penanda bunga ni... macam bunga pokok belimbing keluar dari batang utama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada SS, agaknya ana terlepas pandang kut :)

      Delete
  7. x pernah tengok pon bunga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Lela, kak ana pun kali pertama jumpa bunga unik ni :)

      Delete
  8. Nasib baik bukan bunga tayar! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  9. Siapa yg jawab bunga cinta lestari angkat tangan....
    larikkkkkkkk dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa lah yang nakal kat IG tu kan... :)

      Delete
  10. misteri betul bunga ni... kalau tgk cara dia berbunga mcm pokok belimbing atau cermai je.. tapi daun x sama pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah Eny, nanti kalau kak ana berkesempatan ke sana lagi akan cuba jejak kalau-kalau ada di tulis dibahagian bawahnya nama pokok bunga ini :)

      Delete
  11. tak pernah saya lihat bunga ni..tapi dalam gambar nampak macam pink je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pink ke Sal, warnanya jingga, oren Sal :)

      Delete
  12. Bubga apakah ini ..first time tgk bunga ni kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Lya, kak ana pun kali pertama tengok juga bunga ni :)

      Delete
  13. assalamualaikum ana..cantik bunganya tapi mama pun x pernah jumpa lg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, mamng cantik dan memang pertama kali ana melihatnya juga :)

      Delete
  14. kak ana mesti suka bunga kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah KC, Kak ana suka bunga-bungaan ni :)

      Delete
  15. nama dia tak silap Orange Trumpet

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke thank you so much yellow_jigsaw for the info :) Orange trumpet .

      Delete