sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 5 Mac 2015

Surirumah pun ada KWSP??


kwsp untuk surirumah

Selalunya KWSP dikaitkan dengan mereka yang keluar bekerja sahaja, tetapi sebenarnya seorang suri rumahtangga macam ana juga ada caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.Ye lah, kami yang tinggal di rumah ni, lagilah bekerja dari pagi sampai ke malam, menjalankan tugas dan melaksanakan amanah Allah swt sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.Kisahnya begini....

Tengahari tadi, ana menerima sepucuk surat penyata dari KWSP. Setiap tahun , surirumah yang pernah mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan tetap juga menerima penyata simpanan yang telah di masukkan dividen tahunan. Seronok jugalah bila melihat angka simpanan caruman semakin bertambah walaupun tidak sehebat mereka yang bergaji tetap.Sekurang-kurangnya ada juga 'simpanan hari tua anda' seperti slogan kata KWSP itu sendiri.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:

Sebelum ini ana pernah mencarum dan berkerja selama lebih daripada sepuluh tahun, dari sanalah ana mempunyai akaun caruman simpanan KWSP sehingga kini. Namun sebenarnya, suri rumah juga boleh menambah caruman simpanan melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, yang berkuatkuasa mulai 3hb Januari 2010.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
  1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani, suri rumah dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
  2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
  3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
    a)  Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
    b)  Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP.
    c)  Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
    d)  Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


    Untuk keterangan lebih lanjut dan tepat bolehlah ke laman web : http://www.kwsp.gov.my/portal/general/1malaysia-retirement-savings-scheme

18 ulasan:

  1. sikit ke banyak ke kak ana boleh jugak guna nanti ^^

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Fuza pun ada juga sikit simpanan KWSP selama bekerja 12 tahun.
    Syukur sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana lebih kurang macam Fuza lah.. :)

      Padam
  3. mesti dah banyak tu kak..untuk masa depan..kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak adalah banyak sangat DR, In Shaa Allah untuk hari tua hehe :)

      Padam
  4. Alhamdulillah... ada caruman KWSP simpanan hari tua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu hari tua baru leh guna kan Bonde hehe :)

      Padam
  5. Assalamualaikum kak ana. wahh bestnya. bagus. nanti nak jadi surirumah balik ekekkeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sheila, laa ye ke demi Adam ye.. all the best dalam apa jua yang sheila inginkan :)

      Padam
  6. Thank you K. Ana for sharing this.
    Mrs. A tak pernah amik tau pun pasal ni.
    Maklumlah masih bekerja. Pernah tak kerja sekejap dulu huhuuhhu..

    BalasPadam
  7. Sikit ke banyak ke, tu semua simpanan kita. Hasil titik peluh kita, kan Kak Ana. Sha yang baru keje 3 tahun ni pun, bila tengok slip KWSP pun rasa, alhamdulillah, ada jugak saving aku. Hehe ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah Sha, seronok gak tengok ada amount kat situ kan, Alhamdulillah.

      Padam
  8. bagus untuk masa depan kan

    BalasPadam
  9. Bagus juga utk masa2 akan dtg..tak gitu kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah slogan katanya, simpanan hari tua anda, kalau diizinNya tua2 esok bolehlah dikeluarkan ye Lya :)

      Padam