Sepanjang Jalan Kenangan

by - Tuesday, March 24, 2015

Jalan Changkat Jong,Teluk Intan

jalan changkat jong,teluk intan
kredit foto to Photomatix

Kenapa tiba-tiba teringat Jalan Changkat Jong, Teluk Intan ni? Sebenarnya ana mendapat idea nak berkongsi tentang Jalan Changkat Jong setelah terpadang satu perkongsian foto di laman Page FB Teluk Intan Official, beberapa hari yang lepas. Jalan ini sangat dekat dengan perjalanan hidup ana membesar di bandar kelahiran dan kesayangan ana, iaitu di Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.


Jalan Changkat Jong merupakan jalan utama masuk ke bandar Teluk Intan dari arah Bidor atau Kampar dan juga merupakan jalan yang terpanjang di bandar Teluk Intan. Melalui perbualan bahasa lama changkat bermaksud bukit atau tanah tinggi manakala perkataan jong pula dikatakan bermaksud kapal.(Namun ana tidak dapat mengesahkan maksud tersebut kerana tiada sebarang sumber rasmi yang ana perolehi di carian internet.)

Selama membesar dibandar Teluk Intan, hampir setiap hari ana melalui Jalan Changkat Jong untuk berulang alik dari rumah sama ada ke sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Rumah kami terletak di pertengahan Jalan Changkat Jong.


jalan changkat jong, teluk intan
Sepanjang jalan di Jalan Changkat Jong,Teluk Intan

Dua puluh tahun lepas, jalan ini hanyalah jalan bandar dua hala pergi dan balik ke bandar Teluk Intan. Tiada banyak kemudahan yang ada di sini ketika itu dan pengangkutan utama disini pada waktu itu ialah sebuah bas awam henti-henti milik syarikat Hup Soon.Memang hari-hari ana menaiki bas berwarna hijau tua tersebut dengan kadar tambang 50 sen jika tidak silap.

Namun kini, Alhamdulillah, sepanjang Jalan Changkat Jong telah pesat membangun seiring dengan arus permodenan bandar Teluk Intan itu sendiri.Disepanjang Jalan Changkat Jong ini, terdapat deretan bangunan pejabat-pejabat kerajaan, kompleks Mahkamah,Bandar Baru Teluk Intan,menganjur sehingga ke Uitm Teluk Intan yang menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital Daerah, sekolah-sekolah rendah dan menengah dan sebagainya.Disini juga letaknya salah satu restoran makan yang terkenal di Teluk Intan iaitu Gulam Rasul.

Banyak kenangan manis jika diingat semula sepanjang jalan ini dengan pelbagai kisahnya.Semoga Jalan Changkat Jong dan bandar Teluk Intan kebanggaan kami akan terus makmur,maju dan pesat membangun sambil mengekalkan elemen-elemen klasik yang masih terpelihara disekitar pusat bandar.In Shaa Allah.


You May Also Like

28 comments

  1. teringat lagu jong jong inai mak ipung rajawali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepak tunggul inai berdarah ibu jari ye Hanis ;)

      Delete
  2. bila balik kampung hubby di Bagan Datoh, kami selalu ke Teluk Intan juga... makan2 rojak Mastan Ghani... dan sekarang Teluk Intan dah ada panggung wayang... hehehehee... makin selalu la ke sana... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. panggung MBO rasanya,oo selalu ain dtg TI ye,mastan ghani memang the best kan.. :)

      Delete
  3. kak ana mengimbau kenangan lama ni. hihihi

    ReplyDelete
  4. kenangan apa tu kak naa? ehem ehem hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah KC,pelbagai suka duka ada huhu

      Delete
  5. Kak Ana.... ain tag Kak Ana segmen giveaway.... heehehehee..
    jangan maraahhh aaaa... :)

    http://dramaticuniq.blogspot.com/2015/03/giveaway-creamy-little-diary.html

    ReplyDelete
  6. mimin x pernah p teluk intan.. kuikuikui , min tag kak ana kat entry mimin

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom makan angin kat Teluk Intan,Min..haha seorang lagi #EFG tag kakak ye..ok no problema dear.

      Delete
  7. semakin maju dan membangun dah kawasan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah DR sedang pesat membangun dengan segala kemudahan infrsturturnya..

      Delete
  8. Wah mesti kenangan mengusik jiwa gtu kan kan kzn kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz Lya hehe :) mengusik jiwa raga bakul bagai hehe :)

      Delete
  9. ingat menara condong.ingat tlk intan

    ReplyDelete
  10. pewittt... ada apa dgn nama jln ni... mesti teringat dulu2 seiring sejalan kan kak Ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Bonde, seiring dan sejalan gitu hehe :)

      Delete
  11. tak pernah lagi ke sini...cantik gambarnya... mesti banyak kenangan

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak gaklah kenangan sepanjang hayat ni acik :)

      Delete
  12. last CN pegi teluk intan masa singgah sana lps hantar adik ke uitm ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo uitm fakulti perubatan ada cawangannya di Teluk Intan CN :)

      Delete
  13. Selalu jugak lalu lalng kat sini..tak tahu pula kenangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lalu lalag ye Zila, kenangan utk penghuni nya sahaja Zila :)

      Delete
  14. pernah jatuh di jalan ni tak kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. jatuh hati lah kut masa remaja dolu2 tu hehe :)

      Delete