sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 16 Mac 2015

Kraf Felt Yang Comel


Hiasan Kraf Felt Yang Comel:

 

kraf felt comel

Anak ana memang minat menghasilkan seni kraf dari kain felt ni,sebelum ni siap bisnes di sekolahnya menjual pin tudung dari kain felt. Selalunya kita melihat seni kraf dari kain felt ni dijadikan bunga untuk pin tudung,penanda buku atau keychain. Hari ni ana terjumpa beberapa hasil seni kraf felt yang sangat comel dan kratif, lain dari yang kebiasaan.

Petang tadi, ana ke Selayang Mall menemani adik Ika untuk membeli bahan-bahan mendeko bilik tidurnya.Kami ke Mr DIY di aras bawah kompleks Selayang Mall untuk mencari bahan-bahan yang boleh digunakannya sebagai bahan deko.Di sini memang murah dan banyak dijual barang-barang deko yang comel.

Sambil adik memilih bahan-bahan yang dikehendakinya, ana tertarik dengan beberapa hasil kraf dari kain felt yang dijadikan bakul atau bekas meletak aksesori yang comel-comel.Sangat kreatif dan adik bercadang untuk menghasilkannya sendiri. Di sini ana kongsikan beberapa keping gambar yang sempat ana ambil disini dan bagi yang berminat memilikinya boleh lah ke mana-mana cawangan Mr DIY yang berdekatan.














~berkongsi kraf felt disini~

28 ulasan:

  1. memang cantik kak ana. kreatif

    tapi kain felt ni kalau berhabuk agak susah untuk dibasuh betul ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel kan aRz, memang senang lekat habuk gak kain felt ni.

      Padam
  2. kreatif dan seni..semua boleh jadi duit. minat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha PCL semuapun boleh jadi duit kan :)

      Padam
  3. Alahai, comel betul felt tu. Kemas aje potongan & jahitan.
    Kalau ada minat & rajin, felt craft ni memang boleh buat duit :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Sha, kreatif dan comel sangat kan :)

      Padam
  4. suatu ketika dulu saya pun pernah terjebak dgn felt ni ..tapi skrg dah x de masa sgt nak belek benda ni.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang benda2 ni bermusim kan MM :)

      Padam
  5. kreatif adik kan ana..pandai buat benda2 comel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang kat atas tu kat kedai DIY Acik, anak ana selalu buat pin tudung dan penanda buku atau keychain dari kain felt ni :)

      Padam
  6. wah anak kak ana umur brp? klau aina tu, memang hancurlah... hakhak

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak kak ana yang minat buat felt dan kraf ni 16 tahun Aina :)

      Padam
  7. kena gigih nak buat tenun felt ni. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat apa sekalipun mimin perlukan kesabaran kan :)

      Padam
  8. cantik . kite nak try bisnes kain felt gak ni . agak2 berjaya x ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Leyla, mana tahu boleh dapat side income kan :)

      Padam
  9. Blogger lyn damia pun ada buat seni craft felt..tapi dia lebih kepada buat bantal..cantik2 semuanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai juga blogger yg bisnes dengan felt ni kan DR, macam-macam kreativiti mereka ni :)

      Padam
  10. Memang comel la. Kalau kreatif memang menjadi. Saya pun ada beli kain felt ni tapi duk camtu lagi. Hehehe, tak pandai

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha belum dapat ilham lagi kut mama :)

      Padam
  11. kreatif nyer..
    feel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com

    BalasPadam