Pantai di Sabak Bernam

by - Thursday, March 05, 2015


Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO):


bagan nakhoda omar,sabak bernam,bno

Jangan tak tahu di Sabak Bernam juga terdapat pantai dan tempat rekreasi yang menarik untuk di kunjungi di waktu petang atau pun cuti hujung minggu.Sebelum ini, sering kali ana melalui jalan Kuala Selangor ke Teluk Intan melalui pekan Sabak Bernam dan selalu juga terpandang papan tanda Pantai Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali sebagai BNO, namun tidak pernah singgah.Namun, baru-baru ini ana dan keluarga telah berkesempatan singgah riadah di sini dan ana kongsikannya untuk tatapan semua.


Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), terletak dalam perjalanan di antara pekan Sabak Bernam dan Sungai Besar.Disebuah persimpangan lampu isyarat terdapat papan tanda menunjukkan lokasi Pantai Bagan Nakhoda Omar.Dari simpang utama kita akan melalui jalan disekitar kampung kira-kira 8km untuk sampai ke destinasi.

Bagan Nakhoda Omar merupakan sebuah perkampungan nelayan, dan terdapat aktiviti menangkap ikan oleh nelayan-nelayan kecil.Terdapat sebuah jeti bot-bot nelayan disini.Selain itu, Bagan Nakhoda Omar juga menyediakan sebuah kawasan rekreasi dan riadah untuk mereka yang berkunjung.


bagan nakhoda omar ,sabak bernam,bno

Seperti kebanyakkan pantai lain di negeri Selangor, pantai Bagan Nakhoda Omar juga bukanlah pantai untuk bermandi manda, ianya sebuah pantai santai untuk aktiviti riadah di waktu petang seperti menikmati udara segar dan hembusan angin laut, bermain layang-layang , taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.

bagan nakhoda omar,sabak bernam,bno

Terdapat juga sebuah medan selera di samping beberapa gerai kecil disekitar pantai untuk mencuba pelbagai juadah yang dijual di sini.

Medan selera dan gerai di pantai BNO

Disini ana kongsikan beberapa keping lagi foto yang sempat ana rakamkan semasa berada di pantai Bagan Nakhoda Omar,Sabak Bernam untuk tatapan mereka yang singgah di anajingga.




kelihatan dua buah bot menuju ke laut di pantai BNO






Sekiranya melalui jalan Sabak Bernam atau berada berdekatan lokasi ini, bolehlah singgah ke pantai Bagan Nakhoda Omar untuk beriadah seketika sambil menghirup bayu laut yang menenangkan jiwa.


~sebuah perkongsian lagi disini~

You May Also Like

30 comments

  1. Boleh singgah nanti kalau lalu area sini..cantik view dia :)

    ReplyDelete
  2. wow bestnya. macam kat dalam drama je view nya tu ^_^

    ReplyDelete
  3. cantik! banyak tempat menarik kat Selangor ni kan..kena pandai cari je.thanks share, kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya pun dari blogwalking gak Sal, kita kongsi2 cerita kan.

      Delete
  4. cantik sangat pemandangan kat sana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan di tepi pantai memang cantik kan Wana :)

      Delete
  5. Cantik batu2 tu Ana, suka kak tengok...

    ReplyDelete
  6. Nice view.
    Kak Ana, Mrs. A tag akak, cer check sini

    http://mrsablogstori.blogspot.com/2015/03/liebster-award-by-mad-parihh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok dah Mrs A, nanti kak ana jawab ye :)

      Delete
  7. seronoknyaa jalan jalan pantaii ^^

    ReplyDelete
  8. melihat keindahan pantai sambil makan mee udang...yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, ada jual mee udang kat food court tu Linda :)

      Delete
  9. tak pernah ke sana..selalu dengar org citer je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, kak ana pun lalu lalang selalu, tapi ni kali pertama singgah Suki.

      Delete
  10. tidak jemu untuk berehat di tepi pantai...ras aman dan segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aRz, kak ana suka sangat berada di pantai, terasa dekat dengan alam yang saling melengkapi antara satu sama lain.

      Delete
  11. assalamualaikum ana...cantiknya pemandangan nyer...suka tengok gambar2 ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, terima kasih.

      Delete
  12. Sha tak pernah sampai Sabak Bernam pun lagi. Tanjung Malim pun sipi-sipi je. Huhu. Tapi cantik view kat situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Sha jauh merantau, nanti balik sini boleh jenjalan.

      Delete
  13. subhanallah... cantik
    Tak pernah sampai situ
    Dok lalu hiway je, tak lalu pantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Fuza, kak ana pun lalu lalang je , 1st time singgah ni hehe :)

      Delete
  14. Seronoknyerr dpt hirup udara segar ditepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan Lya, kak ana suka sangat berada dipantai ni :)

      Delete