sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 27 Mac 2015

Masak Lala Pula Hari Ni


Resepi Lala Bersos :


resepi lala bersos, lala bercili,lala goreng cili
Masak lala bersos

Dah lama juga tak masak lala ni, sejenis makanan laut yang sedap. Kadang-kadang payah juga nak dapatkan lala yang bersaiz besar. Kalau kecil-kecil tu memang tak berapa seronok nak masak, sebab isinya kecil sangat.Kebetulan semalam terjumpa lala bersaiz besar, ana masakkannya dengan resepi yang mudah dan ala-ala cincai, campak-campak je kata orang sekarang ni.

Pastikan sebelum memasak lala atau lain-lain makanan laut, kita membasuhnya dengan bersih.Ini kerana sering terdapat pasir didalam makanan laut.Basuh dan bilas banyak kali, baru kita masak bersama ramuan lain.

Bahan-bahan memasak lala bersos:

Bawang besar ( di mayang halus)
Bawang putih (di pecahkan )
Halia (di mayang halus)
Cili Kering ( di kisar )atau cili boh
Sebatang serai ( di pecah atau di titik )
Lala 
Sos tiram
Sos tomato
Sos Cili
garam (ikut rasa)

Cara-cara menyediakan lala bersos:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan cili kisar.
Masukkan kesemua sos di atas.Jika tiada salah satu pun memadai.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Setelah mendidih, masukkan lala dan perasakan dengan garam.
Gaul rata sehingga masak dan tutup kan api
Sedia untuk hidangan.


~berkongsi resepi mudah disini ~

20 ulasan:

  1. ami kalau lala ni suka buat sup je... hihi..tapi ni boleh try nnt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana tak pernah lak buat sup ami, kita tukar2 resepi kat sini kan :)

      Padam
  2. Kalau dpt yg saiz besar... puas makan kan kak ana... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tul tu Eny, yang besar ni puas sikit makan isinya :)

      Padam
  3. kak ana, sedap ni ! ala..mengidam pulak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha CN, nanti pi cari masak kay,kesian dia hehe :)

      Padam
  4. betul cakap kak ana...kena basuh betul2, kalau tak nnt makan pasir kita! hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aisya, kena bersihkan elok2 kalau tak makan pasir lak nanti

      Padam
  5. lupa cakap, kak ana, ni mkanan feveret kita tau! :D nnt kita balik msia kak ana masakkan please! ehehehhe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah kalau dekat apa salahnya aisya hehe, manan tahu ada rezeki kita jumpa kan :)

      Padam
  6. sedapnya.. lama tak makan lala... jadi hati pun nak lalalalalalala

    BalasPadam
  7. waaaa sedapnya...terus jadi lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha lapar pula cik Suki ye :)

      Padam
  8. Wah, akak memang suka ya amat dengan Lala, kerang dan segala makanan bercengkerang nih..mmmm yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Zila penggemar makanan laut lah ni :) memang sedap pun sesekali makan kan Zila :)

      Padam
  9. Mak CP suka masak lala masak lemak cili padi..bila makan memang lalalala hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lalala..sedapnya masakan mak ni CP, kak ana masak juga lemak lala ni kadang-kadang,tukar-tukar menu :)

      Padam
  10. rase nak menyanyii je..lalalaalaaaa...hahaha... my feveret ni..dapnyeee

    BalasPadam
  11. Ug main campak2 tuuu laa sedap kzk ana hehe

    BalasPadam