Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur


taman botani perdana kuala lumpur

Dah lama juga ana tidak singgah sambil beriadah di Taman Tasik Perdana atau kini dikenali sebagai Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur. Jika dahulu semasa menetap di Ampang dan anak-anak masih kecil, memang kerap ke sini membawa anak-anak bermain di taman permainan.Kini mereka semakin remaja dan kurang minat ke taman-taman awam.Berpeluang singgah beberapa minggu yang lalu, banyak perubahan dan penambahbaikan telah berlaku di Taman Tasik Perdana.




taman tasik perdana kuala lumpur
Sebuah maze yang indah di Taman Tasik Perdana

Salah satu daya tarikan yang cantik di tengah-tengah Taman Tasik Perdana ialah sebuah lanskap berbentuk maze yang indah dihiasi pokok-pokok bunga berwarna warni.


taman tasik perdana kuala lumpur
Sebuah pancuran air

Sebuah tasik kecil



Taman Tasik Perdana agak sesuai untuk berpiknik di kawasan ini kerana ia luas dan lanskapnya di teduhi pohon-pohon besar yang meredupkan suasana.Ramai juga yang datang bersama keluarga menghamparkan tikar dan membawa bekalan makanan sambil beriadah di hujung minggu.


Sebuah air terjun buatan yang cantik



Antara tarikan di kawasan sekitar taman

Sebuah taman permainan kanak-kanak






Rasanya seronok juga sesekali makan angin di sekitar Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur bersama keluarga.Selain daripada beriadah di tamannya yang luas terdapat juga tarikan utama yang lain disekitar Taman Tasik Perdana seperti Taman Orkid, Taman Bunga Raya,Taman Burung dan sebagainya.Ia juga berdekatan dengan Tugu Peringatan Negara dan Memorial Tunku Abdul Rahman.


~berkongsi tempat menarik disini~

27 Comments

  1. Replies
    1. tu laj anies, kak ana pun lama dah tak ke sini :)

      Delete
  2. cantik tempat ni, tak merasa lah gamak nya kaknoor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu kak noor ada rezeki sampai ke sini pula ,In Shaa Allah.

      Delete
  3. boleh buat gathering blogger x bonde?...agak² kena mohon permit x dgn MPAJ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nak buat Gathering boleh jer kot... kene check lokasi dan PBT mana...Bonde Rasa Under DBKL Permitnya..

      Delete
    2. boleh aje, pot luck kan Bonde,mesti meriah,anak-anak boleh main2 kat taman sementara kita berborak sakan :)

      Delete
  4. WAH menarik idea PCL tu...
    Cantik juga tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuza mai lah datang sini boleh selfie sakan hehe :)

      Delete
  5. tukar nama lagi? Lake Garden kemudian Taman Tasik Perdana... now tukar lagi... tapi nampak makin cantik... terjaga dan terawat dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab 'lake' nya semakin kecil dah NA, ye pada pengamatan kak ana semakin terjaga dan banyak penambahbaikkan dilakukan oleh pihak DBKL .

      Delete
  6. Taman dikawalselia mmg sentiasa indah...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. cantik Nani, redup juga lah walaupun kak ana sampai petang.

      Delete
  8. Dulu2 masa kecik kecik, mak abah selalu bawak kitorang adik beradik pegi sini. Dah besau sikit, jadi tempat dating plak :)
    Rindu Lake Garden (as inTaman Botani Perdana).

    ReplyDelete
  9. Dah semakin terjaga, dulu berserabut je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CP, ada penambahbaikkan dilakukan DBKL buat masa ni :)

      Delete
  10. Replies
    1. sesekali Cik La, jenjalan sambil layan2 anak2 gadis berselfie kat sini hehe :)

      Delete
  11. Replies
    1. apa lagi CN throwback lah semula ke sini hujung minggu ni :)

      Delete
  12. Replies
    1. Kuantan lagi best Lya, lepak tepi pantai :)

      Delete
  13. bersih dan kemas taman ni.. dijaga dengan rapi.. susah nak jumpa taman yg kemas mcm ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakad ni memang cantik dan terjaga lah Eny :)

      Delete