Teko Antik Naga:


teko antik naga
Teko Antik Naga

Sekali lagi ana kongsikan kisah teko antik disini, jika sebelum ini ana pernah kongsikan sebuah teko comel d berimej kota London di SINI , hari ini kita cuci mata dengan dua biji teko antik dengan motif naga.Kedua-dua teko ini telah disimpan puluhan tahun oleh arwah ibu saudara ana , iaitu pemberian dari majikannya dahulu yang berbangsa Inggeris semasa berkhidmat di salah sebuah ladang di Teluk Intan.

Sehingga hari ini, ia masih dijaga dan tersimpan di dalam  almari hiasan rumah arwah tok.Pernah juga kami gunakan sekali-sekala namun oleh kerana sayang akan keunikkannya, kami lebih suka menyimpannya sahaja.Yang berwarna putih bersaiz seperti teko biasa manakala yang berwarna merah saiznya lebih kecil.


teko antik naga
Teko Naga Merah

teko naga putih
Teko Naga Putih

Ramai juga orang yang berminat untuk membeli kedua-dua koleksi teko antik bermotif naga ini, namun kami masih sayang dan akan menyimpannya untuk koleksi peribadi kami sekeluarga.Motif ini amat diminati oleh kaum Cina.


~sekadar berkongsi koleksi antik disini~

40 Comments

  1. cantiknya ana..memang unik..sayang nak guna kan ana..kalau pecah tak de ganti dah tu.simpan elok2 ana...cantik dan unik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih acik, dah tak guna dah sekarang, tersimpan dalam almari sahaja dah. sayang juga kan..

      Delete
  2. memang antik dan unik ni kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nani, kak ana sayang sangat dua2 teko ni sebab rare dah.

      Delete
  3. Assalamualaikum ana,, sangat bertuah kerana keluarga ana telah memiliki teko yang tinggi dinilainya ini, Sebaiknya pastikan ianya perlu dijaga agar barangan warisan lama ini dadat ditatapi hingga ke anak cucu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam aina, lama tak berkunjung ke sini,In Shaa Allah dan terima kasih aina atas pesanan.

      Delete
  4. Antik sangat. 1st time Mrs. A tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Mrs.A sebab dah rare teko2 macam ni sekarang :)

      Delete
  5. Tetiba kakcik rasa seram pulak tengok naga kat teko tu...hehehe...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ana...wah mmg menarik sekali la...:)

    ReplyDelete
  7. Cantik dan antik sangat. Simpan elok2 tau

    ReplyDelete
  8. cantik la..unik pulak tu..saya suka corak yang bersambung dengan penutup teko tu..

    ReplyDelete
  9. subhanallah lawanyaa kak ana teko tuu unik :D

    ReplyDelete
  10. Antik sungguh teko ni... memang rare Kak Ana... jaga baik koleksi peribadi ni...mana tau ada nilai suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  11. kalau zizie pun sayang nk guna tu kak.. bukan senang nak dpt.. mesti mahal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ZZ memang sayang sangat nak guna dah .

      Delete
  12. sangat cantik.. moga keluarga ana menjagganya dgn baik... ^_^

    ReplyDelete
  13. Wah mmg antik betul Kak Ana, tak pernah nampak jenis mcm ni. Semestinya bernilai tinggi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga Eny, nilainya tinggi buat masa ini, tapi kami akan terus menyimpannya In Shaa Allah.

      Delete
  14. cantik dan unik nih.. nilai dia memang tinggi nih di pasaran.. almaklumsajalah barangan antik sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga izzeyda, memang ramai juga yang berminat , terutama orang Cina sebab naga tu barang kali.

      Delete
  15. cantiknyeee..memang sayang nak guna.. unik plak tu :)

    ReplyDelete
  16. antik sggh...nilai sentimental pon tinggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sha, sentimental value sangat teko ni .:)

      Delete
  17. Memang cantik dan nampak antiknya...

    ReplyDelete
  18. pasti punyai nilai harga yang tinggi

    ReplyDelete
  19. Wah antikk gitu..comelnyer teko ni..

    ReplyDelete