sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 28 April 2015

Fenomena Halo Matahari


Fenomena Halo Matahari:

Tengahari tadi 28hb April 2015, mendapat banyak kiriman Whatsapp dari jiran-jiran menghantar gambar satu lagi kejadian alam menunjukkan kekuasaan Allah swt.Ia berkenaan fenomena halo yang sedang berlaku di atas langit di bumi Bandar Country Homes dan di serata kawasan yang jelas dapat melihatnya.Malah bukan hanya disini, ana juga menerima kiriman Whatsapp dari rakan di Teluk Intan,Kuala Lumpur dan beberapa kawasan lain.Ana keluar rumah dan mendongak ke langit dan sempat merakamkan beberapa keping foto melihat keindahan alam milikNya yang amat luar biasa.Inilah kebesaranNya yang Maha Pencipta lagi Maha Agung, Subhanallah.


fenomena halo matahari



Apakah dia fenomena halo matahari:


Menurut Wikipedia, Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik.Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan keduamata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. 

fenomena halo matahari

Walau apapun penjelasan dari teori sains, pada ana, fenomena halo adalah satu lagi bukti bahawa Allah swt Maha Berkuasa dan tiada apa yang dapat menandingi kekuasaanNya.Segala yang berlaku kita sebagai hambaNya perlu mengambil ikhtibar bahawa segalanya adalah dengan kehendakNya jua.Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam.

14 ulasan:

  1. Lya pon terkial2 gak pandang kat langit semlm tapi tak nampak pon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Lya mungkin di sesetengah kawasan sahaja yang kelihatan agaknya.

      Padam
  2. subhanallah... memg hebat ciptaan Allah kan wlau apa pn bukti sains. thanks for sharing. tak pernah tahu pn ttg ni selama ni :-)

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama norsaihah, memang menakjubkan melihatnya buat kali kedua semalam :)

      Padam
  3. subhanallah cantiknya ciptaan Allah.. apapun nice sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maha Suci Allah ,most welcome izzeyda :)

      Padam
  4. ada jugak tengok semlam dalam wassap :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. nani ni kali kedua kak ana melihatnya :)

      Padam
  5. assalamualaikum ana...perkongsian info yg baik ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, in shaa allah semoga bermanfaat kan :)

      Padam
  6. subhanallah..pertama kali tengok

    BalasPadam