Koleksi pasu hiasan ruang tamu rumah:

Terdapat pelbagai tema dalam menghias ruang tamu rumah masing-masing.Ada yang memilih tema hiasan seni Inggeris, ada yang lebih gemar tema moden, malah ada yang cenderung kepada tema minimalis dan tak kurang juga suka dengan tema zen. Segalanya mengikut kemahiran dan minat tuan punya rumah. Ana lebih minat dengan ciri-ciri kontemporari dan lebih keMelayuan dalam menghias ruang tamu.Memaksimunkan ruang namun tidak terlalu sarat.Antara elemen hiasan yang terdapat di ruang tamu rumah ana ialah koleksi pasu hiasan.



pasu hiasan rumah
Koleksi pasu hiasan di atas meja konsul

Ana gemar menghias ruang tamu dengan serba sedikit konsep etnik dengan elemen kemelayuan tradisional. Mungkin persekitaran ketika membesar di kampung dahulu banyak mempengaruhinya tambahan aksesori sebegini mudah dimiliki dengan harga yang mampu di miliki. Seorang suri rumah sepenuh masa yang kurang bajet namun punyai minat yang mendalam.Mempunyai banyak koleksi pasu hiasan adalah dari sokongan adik-adik dan anak-anak buah yang rajin memberikan cenderahati ketika mereka melancung atau sebagai hadiah hari jadi.Di samping koleksi sendiri yang telah lama ana miliki sejak dahulu lagi ketika tinggal di rumah apartment.


koleksi pasu sarawak
Koleksi pasu dari Sarawak


Pasu-pasu kecil , ana susunkan di atas rak kayu empat tingkat di satu sudut di ruang tamu rumah menuju ke dapur.


Pasu seramik putih dihiasi kuntuman bunga ros yang ana letakkan di atas sebuah meja bulat di sudut ruang tamu rumah.



Labu sayung hitam, beberapa pasu tanah liat bersaiz sederhana menjadi teman di rak tv di ruang tamu rumah.



Sebuah tempayan atau pasu besar yang dicatkan warna keemasan, ana letakkan di sudut tepi ruang makan di dalam rumah dan dihiasi dengan reranting yang tinggi.

Faktor yang paling sukar dalam menjaga koleksi pasu hiasan ini ialah kehadiran habuk.Paling tidak sebulan sekali kita perlu mengelap koleksi pasu ini kerana terdapat banyak habuk yang melekat di sekelilingnya. Semoga perkongsian ini akan memberi serba sedikit inspirasi bagi yang mencari idea untuk menghias ruang tamu rumah dengan menggunakan pasu-pasu hiasan pelbagai saiz.


~berkongsi idea disini~

40 Comments

  1. Cantik cantik semua rekaan pasu :-)

    ReplyDelete
  2. dulu sokmo jugak ibu letak dekat rumah pasu pasu gini buat hiasan. tapi sejak anak anak dah besar tak dek orang nak mengelap pasu tu tu semua ibu simpan dalam stor. hahahah. ibu cakap dia dah pencen esok baru dia keluarkan balik. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak gak koleksi ibu nani ye,betul tu nani, kena lap selalu..:)

      Delete
  3. mesti kak ana ni rajin mengemas rumah..kalau saya memang tak lah kot..

    ReplyDelete
  4. kalau ada anak2 kecil pasu-pasu ni bukan saja kena rajin cuci sebab habuk, tapi kena rajin beli baru sebah cenderung untuk dipecahkan. kucing pun sama..nanti dia jirus air di celahan pasu.keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rumah kak ana tak ada budak kecil dah FR tu yang boleh susun tu , kucing pun takad luar rumah je .

      Delete
  5. Rajinnya kak ana...kalau cik iput rasanya dah tunggang langgang pasu tu di buat oleh tentera 2 org kat rumah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Efa, sebab tak ada askar lah kak ana boleh susun ni, dah besar2 semuanya :)

      Delete
  6. ada anak kecik ssh nak simpan pasu...asyik nak menjerit je nnt...huhu

    ReplyDelete
  7. Rumah kak Ana ni memang saya tak boleh pi la..anak saya ni lasak kak,,mau nangis kak Ana kalau anak saya datang menyimpan semua pasu kecik2 tu..hahahah...rumah saya ni semata2 sofa tv,akuarium dengan kabinet je ada..yang lain..simpan! heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe DR, masa anak2 kak ana kecil dulu cam tu gak, laa ni dah besar2 bolehlah atur kat rumah dah :)

      Delete
  8. k ana..bunga rose tue sungguh menarik ..banyak nya pasu..khaty tak boleh kalau jenis2 nie,agak malas ckit nak kemaskan..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq khaty, ikut minat masing2 Khaty, ada yang suka simple kan :)

      Delete
  9. wah... koleksi rare Kak Ana...

    ReplyDelete
  10. Bila tengok pasu2 lama ni teringat buyung nenek dan tempayan besar ibu yang adik buat alas pokok bunga kat luar rumah...terasa sayang pula letak di luar begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala yang tempayan tu ana ambil dari kampunglah mak punya bawa balik spray cat buh dalam rumah hehe :)

      Delete
  11. fuhhh...!! rajin nya kak ana.. nak maintain tak berhabuk tu yang berat skit tu... heheheheheee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain part tu lah paling kritikal nak buat, terpaksa rela jelah hehe :)

      Delete
  12. rajinnya lahai kak na. rumah kc tak boleh kot. sbb kalau anak buah dtg rumah, hmmm alamatnya takut pecah semua haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KC kalau ada anak2 kecil memang tak leh lah. :)

      Delete
  13. Mesti kak ana pencinta pasuk kan? Cantek

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinlah juga kumpul CN dari dulu lagi ni hehe :)

      Delete
  14. cantikk... mse anis kecik2.mak ade juge beli pasu kaca,,, tapiii dua org hero telah berani memecahkan pasunye... serik dh.. mak beli plastik je..senang..hahah... trauma sampai sekrang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pernah juga pecah Niss, jingga buat hehe tapi tak apalah bukan salah dia pun :)

      Delete
  15. rajin kak ana menghias rumah..lya tak berapa suka sangat ngan hiasan pasu2 sebab anak2 masih kecik lagi..nak2 akif tu kekadang duk sepak bola dlm umah jadi kalau byk pasu kat dalam rumah habislaa pecah hancur huhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lya ada anak-anak kecil memang tak berapa sesuai nak menghias, biarlah mereka besar nanti baru selesa kan .

      Delete
  16. Replies
    1. hat tu feveret kak ana Eny, lama dah simpan tu ,siap isi air supaya tak pecah.

      Delete
  17. banyaknya pasu kak ana....respek! cantek plak tuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aisya, kat Germany ada pasu tak kirim satu hehe :)

      Delete
  18. kreatif kak ana..kalau dayah, mak x kasi sangat deco banyak2 sebab bila balik cucu..habis semuanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Dayah kalau ada budak2 kecil memang tak boleh sgt mendeko ni :)

      Delete
  19. pandai kak ana hias, klau kat rumah aina xde pasu pun dlm rumah. sbb nnti klau ada ank sdara akn pecahkan >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aina, kalau ada budak2 kecil tak boleh lah nak menghias sangat :)

      Delete