Kuih Tradisional:Kuih Dangai

Salah satu lagi kuih tradisional warisan ibunda yang semakin terpinggir dek arus permodenan ialah kuih Dangai.Sedap di makan di waktu petang bersama hidangan kopi O panas.Cara penyediaannya pun sangat mudah.Jom kita kenali satu lagi resepi kuih tradisional kita.


kuih dangai



Resepi kuih Dangai:

Resepi ini ana pelajari secara teori daripada mak saudara kerana ana sendiri belum pernah mencubanya.Kuih ini memerlukan acuannya sendiri untuk membakar adunannya.
Untuk menyediakan kuih Dangai, gaulkan kelapa parut yang putih dengan sedikit garam.
Kemudian masukkan tepung pulut dan gaul rata sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga separuh.
Taburkan pula gula ke atas adunan tepung seratanya.
Kemudian masukkan separuh lagi adunan tepung sehingga memenuhi acuan tadi.
Bakar hingga kekuningan.
Siap untuk hidangan.

Acuan kuih Dangai :kredit foto,ariffida.blogspot.com


~selamat mencuba dan mengenali kuih tradisional kita~

14 Comments

  1. mesti sedap ni...sebab asal ada kelapa confirm KG pun suka...wangi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya gak kering KG,memang dibuat dengan kelapa parut :)

      Delete
  2. kuih ni mmg sedap. im loving it

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ewan ye, sedap juga bila sesekali kita makan.

      Delete
  3. orang Bagan Dato - Teluk Intan memang suka eh kuih ni....?? sebab arwah mak mertua ain suka... hehehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dekat2 je ain, bagan datuk dengan teluk intan tu, samalah taste nya kut hehe, ini kuih tradisional memang kesukaan orang2 lama kan :)

      Delete
  4. k.ana..first time makan rasa memang Ya Allah..macam mana la orang suka..khaty rasa macam tak sedap..rupanya bile jumpa dengan orang yang teror buat..terbaikk la...sedap juga rupanya kuih dangai nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Khaty rasanya kering kan, kak ana pun tak lah suka sangat tapi sesekali macam ok lah hehe :)

      Delete
  5. kuih feveret saya.. kt kedah banyak yg jual, tapi tak semua sedap.. kak ana, kita boleh sendiri kuih ni kalau tkde acuan.. boleh pakai sanwich maker yg jenis lipat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Eny bolehlah cuba nanti kan, ada yang bakar dalam loyang je pastu potong2, tapi tak samalah guna acuannya kan nampak lebih asli.

      Delete
  6. Sekarang nak jumpa dangai yang ori resepinya susah sikit sebab kelapa yang dia orang guna rasa mcm berhampas saja...kak pernah buat sendiri guna loyang kek.bakar dalam oven, jadi dangai lambak ..sebab tak dak acuan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kreatif Kak Mala, betul tu kebanyakkan dah guna hampas kelapa buat kuih dangai ni, rasa pun dah tak sedap dan lemak.Paling terbaik kita buat sendiri sesekali resepi ibunda ni.

      Delete
  7. teringin nak makan..first time tengok mse cite bulan puase tu.. aduhh sedapp..nak cri kat mne la ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kat pasar2 tani atau pasar2 pagi adalah aniss jual kuih2 tradisional ni, tak pun tunggu je bazar Ramadan nanti :)

      Delete