Whatsapp nak kena caj?

Semalam ana terima dari group Whatsapp yang berkongsi kisah bahawa tak lama lagi applikasi whatsapp akan dikenakan caj atau bayaran.Namun seperti biasa ianya adalah perkongsian yang tidak dari sumber rasmi. Perkongsian yang di bawa dari group ke group. Cuma disini yang dapat ana kongsikan ialah kita boleh menyemak tarikh luput perkhidmatan whatsapp dan di bawahnya tertera jumlah bayaran yang bakal di kenakan.

Cara nak semak tarikh luput whatsapp dan kadar bayaran:

 

bayaran whatsapp



1.Pergi ke aplikasi whatsapp dan masuk ke setting - account.


bayaran whatsapp


2.Dari account - payment info.



3. Disini kita akan dimaklumkan tarikh lupus dan jumlah caj yang akan di kenakan untuk meneruskan perkhidmatan.

Namun ana tidak pasti kaedah pembayaran yang bakal dibuat bagaimana. Mungkin sedikit masa lagi pihak Whatsapp akan mengumumkannya atau mengesahkan perkara ini. Ini kerana sebelum ini pun pernah diwar-warkan tentang bayaran caj kepada perkhidmatan whatsaap cuma sehingga ke saat ini ia masih percuma.Kadar bayaran pun memang rendah , hanya RM3.50 untuk setahun. Kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti bagaimana...

42 Comments

  1. dah lama dengar isu ini. kalau berbabyar juga group EFG berubah ke telegram

    ReplyDelete
  2. ohhh kena bayar eh... tapi dari dulu mungkin baru nak di laksanakan

    ReplyDelete
  3. 3.50 bukak setiap hari saya rasa saya takde masalah nak bayar.perkhidmatan dan kegunaannya pun bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu FR tak membebankanlah untuk kegunaan setahun kan .

      Delete
  4. nani pun ada tengok jugak tadi kak ana :D

    ReplyDelete
  5. Mmmm...saya tak ber whatsapp...jadi tak perlu risau...hehee..

    ReplyDelete
  6. ya berbayar. tapi setakat ni takda apa2 masalah pun guna free. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Umi Nazrah, setakad ni masih free lagi

      Delete
  7. Mgkn RM3.50 tu ditolak dari kredit kita kot rasanya. Cuma tak sedar. Tp rm3.50 tu kira oklah...

    ReplyDelete
  8. kalau dh jadi keperluan..nak buat camne eh..:(

    ReplyDelete
  9. lama dah dgr..slalu kalo expired uninstall n install blk je..hihi

    ReplyDelete
  10. Dah lama free kot erk.. terus la ni nak caj

    ReplyDelete
  11. masuk toilet pun bayar. apatah lg wasap...heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yolah ewan kan, EFG je free setakad ni hehe :)

      Delete
  12. Tak kena kak Ana sebab CP sebelum ni kena renew Februari lepas, tapi bila sampai tarikh tu automatik dia renew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah CP, harap-harap tak kena kan :)

      Delete
  13. dari dulu dah dengar rumours ni..x tau betul ke tidak.tapi kalau bayarannya tak membebannkan apa salahnya..takkan asyik nak enjoy benda free kan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sal, setakad rm3.50 kalau tu je memang ok sangat lagi lah kan :)

      Delete
  14. RM3.50 campur GST tak kak ana....??
    heheheheheee...

    *masih berharap tak payah bayar lah kan... huhuhuu..*

    ReplyDelete
  15. tapi sampai sekarang okay je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lagi kan siap copy paste kat group EFG lagi kan KC hehe :)

      Delete
  16. CN pernh dulu wasap expired,so cn uninstal n instal blk,free!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti kita buat lagi cam tu kan CN :)

      Delete
  17. Hehehe lama dah ckp berbayar berbayar kan kan kak ana..tapi kita hari ni masih lagi dpt free ..Alhamdulillah ...kalai dah tba masa ada bayaran maka kena la bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar je lah ye Lya, janji boleh borak kat EFG hehe :)

      Delete
  18. ikut jugak kak ana...kalau orang yg guna wassap dah lama sgt2 kan, dari mula2 wassap keluar, xde caj pon...sebab kita xde kena caj...dia kata, free membership seumur hidup.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo macam tu ye aisya, kita tunggu jelah nanti kan :)

      Delete
  19. bayar pun bayar la..mana bole tinggal wasep..kalau tnggal wasep almt tnggal efg..oh no..andwaee hehe

    ReplyDelete