sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 2 Mei 2015

Adik Jingga-Tamcik

adik Jingga-Tamcik


Ini lah adik Jingga...eh eh kenapa lain kaler...sebab ni adik angkat Jingga..namanya Tamcik sebab dia warna hitam dan masa datang rumah ana dulu dia kecik lagi.Jadi ana bagi namanya Tamcik.

Kisahnya sedihlah juga, Tamcik dilahirkan oleh ibunya yang menumpang makan lebih-lebih nasi Jingga kat belakang rumah kami.Lepas beberapa hari ibunya tinggalkan dia sementara ada seekor lagi abangnya dibawa pergi oleh ibunya.Tinggallah Tamcik di belakang rumah kami.Anak-anak anapun beri dia makan dan susu sehinggalah ke hari ini dia tinggal di luar rumah kami.

Sekarang dia dah membesar dan obesiti .Tamcik ni ekornya bengkok sikit semua badan hitam kecuali bawah lehernya saja seciput warna putih.Dia memang lincah dan nakal sangat sehingga anak-anak ana selalu buli dan geram dengannya.Sekurang-kurangnya Jingga dah ada kawan bermain.

Inilah kisah si Tamcik, adik angkat Jingga.

nama saya Tamcik


Selalu di buli anak-anak ana


Nakalnya sampai tidur sebegini gayanya..

Ini pula aksi Tamcik yang nakal nak tangkap ikan dalam akuarium yang sempat anak ana rakamkan..

Nakalkan dia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan