Drama Siri Bidadari TV3

Drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 bertajuk Bidadari. Ditayangkan setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Episod pertama Bidadari telah disiarkan pada 30 April lalu.Menggandingkan pelakon-pelakon popular masa kini seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani.




Sinopsis Drama Siri Bidadari

 Drama Bidadari mengisahkan tentang seorang gadis bernama Suria yang dilakonkan oleh Amyra Rosli. Suria adalah anak kepada Delima  yang merupakan seorang penyanyi kelab. Suria juga terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tirinya, Anjang .Anjang seorang kaki judi dan gemar berfoya. Dia sentiasa mengambil kesempatan dengan mempergunakan anak isterinya.

Delima seolah memendam sebuah rahsia. Biarpun Suria melayan ibunya dengan begitu baik sekali, Delima menganggap Suria hanya sebagai beban dalam hidupnya.

 Suria dan Delima nekad meninggalkan rumah kerana sudah tidak tahan dengan sikap Anjang. Takdir menentukan, mereka telah bertemu dengan Tengku Iskandar , yang merupakan seorang pemilik restoran. Tengku Iskandar tertarik dengan nyanyian Delima dan telah memberikan kedua beranak ini tempat berteduh untuk memulakan kehidupan yang baru.Malah pertemuan itu juga telah membuka hati Tengku Iskandar untuk memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya mengimpikan kemewahan dan dia sanggup buat apa saja semata-mata untuk mencapai impiannya.

Suria kini sudah memiliki seorang adik tiri bernama Tia, yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria.
Namun sikap Delima yang tamak bakal memusnahkan kebahagian yang baru terbina. Lebih memburukkan keadaan bila Delima mendapat tahu tentang rahsia Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia.

Harapan Suria dan Tia untuk memiliki keluarga bahagia mulai musnah. Malah dalam masa yang sama Suria juga berada dalam dilema bila dia mula didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi yang ikhlas mencintainya dan Lukman , abang tirinya yang sanggup berubah semata-mata untuk memenangi hati Suria.

Jom sama-sama kita ikuti kisah menarik drama siri Bidadari ini hingga ke penghujung episod.




 Kredit foto : Google Image dan sinopsis www.puterikasih.com

8 Comments

  1. cantiknyeee layout blog kak ana dan header... nampak kemas

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ana...jarang pulak tengok cerita ni ada yg buka channel tv yg lain..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, ana ni kalau dah jam 9 malam tu baru sempat nak layan drama hihi :)

      Delete
  3. yumida pun layan drama ni kak
    suka kat amyra, pandai dia berlakon
    sherry pun bez gak
    jadi ke x dia berhenti kerja, bos dah jatuh cinta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana minat gak lakonan amyra rosli ni yumida, jom kita tonton hingga habis nanti :)

      Delete
  4. saya tak tengok pun sebab tak minat pelakon nya tu..ehhehe

    ReplyDelete