sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 12 Mei 2015

Ice Skating di IOI City Mall

Sabtu lepas baru ana dan anak-anak berkesempatan ke satu lagi gedung membeli belah yang terbaru di Putrajaya iaitu IOI City Mall.Memang besar dan penat jugalah tawaf mengelilingi keseluruhan kompleks.Antara daya tarikan yang lain dari biasa di sini ialah sebuah gelanggang ice-skating iaitu Ice Scape.Ia adalah gelanggang ais kedua di Malaysia selepas Sunway Piramid , jika tak salah fakta ana.


ioi city mall putrajaya



Icescape, IOI City Mall,Putrajaya

 

ice scape, ioi city mall


Bagi yang mahir bermain roller blade rasanya tiada masalah untuk mencuba ice skating di Ice Scape, IOI City Mall, Putrajaya. Ia memerlukan kemahiran meluncur dan sesuatu yang sangat menarik bila melihat anak-anak remaja mahir meluncur di sekeliling gelanggang luncur ais disini.

Berikut ana kongsikan kadar bayaran dan waktu operasi Ice Scape di IOI City Mall,Putrajaya bagi yang sedang mencari maklumat tentangnya.



Harga tiket masuk Icescape,IOI City Mall


Sarung tangan dan stokin adalah diwajibkan memakainya untuk menyertai aktiviti ice skating di Icescape, IOI City Mall, Putrajaya.Untuk menjimatkan belanja bawalah dari rumah atau boleh saja beli di beberapa shoplot yang berada di sekitar kompleks dan yang paling murah di Daiso.


~berkongsi info Icescape,IOI City Mall disini~

28 ulasan:

  1. Suka tengok orang main je. CP kalau main mesti orang ketawa sebab tak pandai-pandai walaupun dah banyak kali cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok gak lah CP mencuba, kalau kak ana mahu tergolek kat situ je hihi :)

      Padam
  2. syoknya dapat main..tpi acik x geti haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah acik, anak kak ana yang nak main sangat, lain kali lah agaknya baru bagi dia try :)

      Padam
  3. Menarik.... tak pernah lagi meluncur ais setakat ni... berada di tempat bersalji apatah lagi..huhu... Along nk g I-City main salji... tapi masih belum kesampaian lagi.... Agak-agak Kak Ana, ada tak yang nak teman along?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh eh mestilah ada Angah.. ajak je kak ana pun boleh temankan :)

      Padam
  4. Bestnya kan Kak..wana penah tengok ice skating kat sunway pyramid. Tp wana tak main..tengok ja..takut jatuh..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Wana kat Sunway pun ada , samalah kak ana pun bukan pandai, mau tergolek kat sana hihi :)

      Padam
  5. Balasan
    1. kalau pandai main boleh kan Mar :)

      Padam
  6. Balik hari tu baru sempat pegi IOI sekali. Tu pun tak sempat habis round.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar sangat kan Sha, penat gak menawaf satu kompleks :)

      Padam
  7. Hari tu ada pergi tapi tengok je... tak try pun.. ramaaaaaaiiiiii giler orang... hahahahahaa... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa awal2 pembukaan memang ramai kan Ain :)

      Padam
  8. assalamualaikum ana...bestkan bawa anak2 berjalan ke sini...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Mama, haah bawa anak-anak jenjalan tempat baru ni :)

      Padam
  9. saya tak pandai..kalau anak2 memang minat la benda2 gini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah DR..anak2 kak ana minat tapi tak berani pula nak mencubanya.

      Padam
  10. kak ana.... bestnya. aina xpernh main ice skating. hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina, kak ana pun tak pernah gak :)

      Padam
  11. Teringin sgt nak try Ana, tp takut tergolek hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Linda, ana memang tak lah..kompom tergolek kat first step lagi.

      Padam
  12. Tak pernah cuba Ice skating kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana lagi lah.. aRz tengok je lah :)

      Padam