Majlis Al Qiqah Baby Hanna Tatiana

by - Monday, May 04, 2015


2hb Mei 2015, hari Sabtu yang lepas, selamat berlangsungnya majlis Al-qiqah puteri cinta hati Dasyarini dan Heeza, Hanna Tatiana atau panggilan di kalangan keluarga terdekat dengan nama Baby Ocha.Majlis Al-qiqah dan doa selamat berlangsung di Taman Duta, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh sanak saudara serta sahabat handal.Semoga Baby Ocha akan membesar sebagai puteri yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga dan kesayangan kami semua. In Shaa Allah....


baby ocha


Dasyarini dan Hezza adalah anak saudara sebelah suami ana, jadi Baby Ocha merupakan cucu saudara Wann lah kan.. erm dah dapat title Wann ana ni sebenarnya.Syukur Alhamdulillah.Majlis doa selamat, selawat dan tahnik yang berlangsung petang itu sangat meriah dengan tema  berwarna ungu.


Buaian Baby Ocha



peralatan majlis tahnik
Peralatan untuk majlis Tahnik

Goodies bag

Antara juadah yang terhidang di meja petang itu ialah nasi Arab, kuzi kambing, ayam ,pasta Carbonara,Laksam dan pelbagai manisan dan pencuci mulut yang disediakan oleh ahli keluarga .Memang lazat dan menyelerakan.









laksam
Laksam

pasta carbonara
Pasta carbonara


Entri ini ana sematkan disini sebagai tanda kasih sayang buat Baby Ocha dan seluruh kaum keluarga kakak ipar tersayang Hajjah Sapinah dan abang ipar Haji Mejor Daud serta anak-anak buah tersayang .Semoga Baby Ocha akan terus membesar dengan sihat dan dipenuhi kasih sayang dariNya sentiasa.Amin.


~berkongsi kasih sayang disini~

You May Also Like

22 comments

  1. alahai comeynya macam snow hwhite nih hiii.. menu pun nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  2. Salam... Comelnya baby... Nama pon comel...

    ReplyDelete
  3. Tertarik kak tengok buaiannya...comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa tu kak Mala macam tu je rm300 :)

      Delete
  4. Berendoiii comel je...
    #EFGAwesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lebih kurang berendoilah Bonde :)

      Delete
  5. lawa nya buai..siapa yang hias tu..buat sendiri ke sewa?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..moga bby sihat sentiasa ye..

    ReplyDelete
  7. meriahnya..makanan paling best

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nampak makanan je ye khaty :)

      Delete
  8. sedapnyaa makanan..baby ocha-kiutnyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syira fokus kat makanan je ye :)

      Delete
  9. Alhamdulillah..semoga baby ocha membesar sihat dan sempurna..

    ReplyDelete