Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition

Petang semalam, ana dan keluarga bercadang jalan-jalan ke Setia City Mall di Setia Alam sambil singgah ke rumah ibu saudara yang kurang sihat di Bukit Raja,Klang.Anak-anak ana memang suka ke sini kerana terdapat sebuah taman dengan lanskap yang menarik di luar kawasan kompleks membeli belah Setia City Mall berhadapan Setia Alam Convention Centre.Kebetulan pula sedang berlangsungnya karnival ulang tahun ke-10 kereta Perodua Myvi di sini.Jadi ana kongsikan hari ini antara yang menarik sempena karnival ulang tahun ke-10 Perodua Myvi

Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition


Sempena ulang tahun Perodua Myvi ke-10 ini, semalam juga Perodua melancarkan sebuah kereta Myvi Limited Edition. Untuk keteranan lanjut mengenai kenderaan ini bolehlah ke laman web pakar kereta yang tidak asing lagi di http://paultan.org/2015/05/23/perodua-myvi-celebrates-10th-anniversary-limited-edition-commemorative-myvi-revealed-10-units-only/ .Rujuklah mereka yang pakar dalam bidang kenderaan kerana ana hanya mampu berkongsi beberapa keping foto sekitar karnival Ulangtahun ke-10 Perodua Myvi yang berlangsung selama dua hari sehingga esok di kawasan padang Setia City Mall,Setia Alam, Selangor.

Berikut ana kongsikan beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan sekitar karnival.


Kereta Perodua Myvi 10th Anniversary Limited Edition yang dilancarkan



Deretan pameran kereta Perodua Myvi dari edisi pertama dipamerkan






Antara yang paling menarik perhatian ana petang itu ialah semasa melihat buat pertama kalinya belon udara panas dinaikkan ke udara.Peluang yang jarang-jarang dapat ana lihat sebelum ini , ana abadikannya disini sebagai kenang-kenangan.








15 Comments

  1. klu keta tu kena bagi free kan bagus kak ana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada lucky draw utk kereta tu KG hihi :)

      Delete
  2. assalamualaikum ana...wah best n seronoknya ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama..anak mama baru beli myvi kan,hihi :)

      Delete
  3. MyVi nampak lagi garang. Wow. Sporty version ye untuk Limited Edition ni Kak Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cun gak tengok tapi tu lah limited je Sha :)

      Delete
  4. Myvi ni walau tercalar sikit nama diorang baru-baru ni, tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia kan kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sal, bukan salah kereta dan jenama nya kan, sikap pemandu tu yang tidak berhemah di jalan raya mengundang mala petaka.Nauzubillahi min zalik.

      Delete
  5. Bestnya kak ana dapat tengok belon besar. xpernah lagi tgk.
    Semakin cantik plak kete Myvi nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Mia, kali pertama kak ana tengok depan mata .

      Delete
  6. Yg limited ni nampak bergaya gtuuu

    ReplyDelete
  7. fulamak ada limited edition.. hehehe.. tapi CT rasa myvi yg kuning tu
    jugak lawa.. yg baru tp kuning.. mcm bumblebee..

    ReplyDelete
  8. Reka bentuk Perodua Myvi benar-benar boleh memanggil yang klasik

    ReplyDelete