Review Aku Penghibur

Siapa yang tak mengenali blog antara yang terbaik di tanahaiar kita masa kini?Bukan blogger sejatilah jika tak mengenali Acik dari blog yang telah mencipta rekod kemenangan dalam dunia blogger Malaysia.Bertuah rasanya dapat sebumbung dengan jejaka kebanggaan ibunda di dalam keluarga EFG.Banyak yang Acik kongsikan dengan kami tanpa jemu, Alhamdulillah..




Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Salah satu dari ribuan entri Acik di blog Aku Penghibur yang terkesan dengan ana ialah ketika Acik berkongsi pengalamannya sendiri Di Tipu Syarikat Bas .Bayangkan dalam semangat berkobar-kobar untuk ke majlis konvo diuji dengan ujian menyakitkan hati. Ana juga pernah mengalami situasi yang sama ketika zaman berulang alik dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan suatu masa dahulu.Pasti ana faham apa yang Acik lalui baru-baru ini.

Akhirnya sebagai seorang daripada kakak Acik didalam keluarga EFG, Kak Ana mendoakan agar Acik akan terus maju dan cemerlang didalam apa juga bidang yang Acik ceburi.Acik pasti akan terus berjaya dengan iringan doa dan kasih sayang dari bonda tercinta, In Shaa Allah.

22 Comments

  1. terima kasih kak.. semoga Allah merahmatimu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama acik, Alhamdulillah dipertemukan kita di EFG :)

      Delete
  2. Along dah abca entry tu jugak Kak Ana... Memang agak sedih bila baca, kesian para penumpang bas yang terdiri di kalangan orang tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan along, tak dapat bayangkan jika terjadi pada mak abah kita yang dah uzur kena cari jalan penyelesaian.

      Delete
  3. lama tak datang blog kak ana..dah banyak berubah.tahniah, makin cantik! saya memang suka baca blog Aku Penghibur ni..dia selalu share cerita-cerita menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Sal, tu lah lama tak jengok kakak kan..sayang Sal.. ,betul blog aku penghibur memang blog yang sangat menarik dan tak jemu untuk singgah.

      Delete
  4. Menarik En3 yg Kak Ana pilih..

    Selamat Maju Jaya Acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Bonde, semoga kita semua akan terus sukses dalam segala urusan.Amin.

      Delete
  5. Semiga acik mencipta kejayaan demi kejayaan dlm kehidupan...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, dan semoga kita semua bakal menjejaki kejayaan dalam apa juga bidang SA :)

      Delete
  6. ye nih, setiap manusia penuh diuji dgn pelbagai cabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Min, semoga dipermudahkan segalaNya buat kita semua,amin.

      Delete
  7. Selamat maju jaya semua efgiers

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Irra, Alhamdulillah kita dipertemukan semua di EFG :)

      Delete
  8. glad dipertemukan dalam efg team...

    ReplyDelete
  9. Acik memang terbaik lah kan Kak Ana...semoga ukhuwah yg terjalin dlm keluarga EFGiers akan kekal selamanya...

    ReplyDelete
  10. kalau kena tipu tiket bas time raya lagi sedih..kejam tol dorang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah sangat sedih kan Mas :)

      Delete
    2. khaty dah pernah merasainya..sob sob..

      Delete