sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 22 Mei 2015

Review SayidahNapisah-Gadis Kesayangan Kami


Sayidah Napisah, sedap unik sangat namanya.Masih bersendikan nama wanita Melayu yang semakin jarang digunakan dek kemodenan arus waktu.Suka nama gadis manis ni. Hari ini , kak ana nak bercerita tentang salah seorang adik kesayangan di dalam keluarga besar EFG kami. Kenali adik kami di EFG dan juga blog kesayangannya www.sayidahnapisah.com






Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti.Kalau di kalangan EFG Kak Cik lebih dikenali dengan panggilan KC. Padanya KC ialah Kak Cik Comel..comel ke? Memang comellah anak kebanggaan dan kesayangan Abi dan Uminya.

Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.Gurau sendanya sentiasa menceriakan hari-hari kami di EFG.KC akan bergurau sesuka hati mencari siapa sahaja yang menjadi mangsanya ,lebih-lebih lagi bila berlaku typo dikalangan ahli.




Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya.Gadis manis ini juga suka bercerita atau menghantar gambar apa sahaja yang di makannya.Memang nampak berselera bila  foto-foto comelnya sedang makan pelbagai menu.Dan kalau nak tahu yang paling digemarinya ialah coklat.Kerana itu juga sebelum menggunakan domain, blog KC diberi nama Sayidah Lurve Choc.



KC yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net. Sekali lagi jadi bahan guauan bila menggunakan applikasi di Instagram, KC merupakan yang paling tua dalam ahli keluarga EFG, malah lebih tua dari kak ana...




Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak EFG. Sesuatu yang unik tentang gadis manis ini, setiap kali upload atau menghantar gambar, pasti akan tersenyum riang.Nampak semua barisan giginya.Dan KC juga gemar memparodikan foto-foto yang dihantar oleh ahli-ahli EFG yang lain.Rajin sungguh lah budak KC ni .




Rupanya model colgate sejak dari sekolah. :D.Memang dari zaman sekolah dah rupanya Cik Sayidah kita ni suka senyum, al maklumlah senyum itu kan sedekah.






Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Banyak yang telah dikongsikannya melalui penulisannya di blog.Antara yang paling kerap ialah slot drama-drama pilihan serta pelbagai kisah-kisah terkini.

Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!Amat payah nak melihat anak Melayu kita cemerlang dalam bidang Matematik. Kak ana sangat berbangga dengan pencapaian KC sehingga kini.Alhamdulillah.
Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. 




Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu www.SayidahNapisah.com





Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu. Semoga KC akan terus sukses didalam pelajaran dan juga dunia bloggernya.KC memang seorang anak yang baik, taat kepada kedua Abi dan Uminya.Sebagai kakak sulung dalam keluarga EFG, kak ana dan semua adik beradik lain, akan sentiasa mendoakan agar Sayidah Napisah akan kekal ceria, senyum manis dan terus menceriakan hari-hari kami di EFG.Berjaya cemerlang didalam apa juga yang diceburinya.Amin.





22 ulasan:

  1. Semoga KC carikan teman untuk burung di blog tu secepatnya..xdelah burung tu terbang kesunyian

    BalasPadam
    Balasan
    1. taknak .kc kata taknak,taknak lah! *meroyan lagi hahaha

      Padam
  2. di sayangi walaupun nakal kan kak ana

    BalasPadam
  3. kasihan burung itu..hihi..buat yumida tergelak baca..
    aah dia antara blogger yg aktif

    BalasPadam
  4. kak anaaa. sukanya bila kak na bagi nasihat. rasa macam kakak sendiri jeee. peluk sikittt hehehehe

    inshaaAllah nasihat itu akan kc ingat :)

    love u kak na. muah!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. KC bagaikan seorang anak pada kak ana sebenarnya, Alhamdulillah semoga KC kesayangan EFG akan terus mekar di hati kami semua, sayang KC sangat2.. :)

      Padam
    2. betul la,k.ana bila berkata2,lembut dan meresap di jiwa

      Padam
  5. review k.ana..wajib di singgah..lain dari yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Sue, biasa je kak ana tulis lahir dari hati buat adik2 EFG tersayang.

      Padam
  6. kalau kc takde sunyi la kite k.anna

    BalasPadam
  7. kc takde, habis laaa sunyi sepi xde polis jaga typo. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha nakal KC kan tapi kesayangan kita semua :)

      Padam
    2. nakal yang disenangi oleh EFG

      Padam
  8. Balasan
    1. comel dan manja dengan adik beradik EFG :)

      Padam
  9. td CT da terjah adik manish ni.. skrang terjah Kak Ana pulak =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Siti, rajin boom blog kak ana hihi :)

      Padam