Telur ayam kembar

Bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun yang hendak ana kongsikan hari ini, biasa terjumpa di mana-mana.Cuma sekadar nak bercerita tentang kejadian yang berlaku adalah kehendak dan dengan izinNya juga. Tiada yang mustahil di atas muka bumi ini jika itulah takdirNya.

telur kembar


Semalam semasa nak menggoreng telur di dapur untuk sajian makan malam, tiba-tiba sewaktu pecahkan telur ke kuali, rupa-rupanya kuning telurnya kembar dua.Unik kan.Betapa besarnya keEsaanNya.Pelbagai kejadian yang berlaku disekeliling kita ,sama ada yang pelik atau luar biasa adalah dengan IzinNya juga.

Jika di takdirkan telur ini menjadi ayam, agaknya kembarkah ayam tersebut? Atau berkepala dua kah ayam itu jadinya? Waallahu a'lam.Namun kerana bukan itu takdirnya ,telur ayam ini menjadi santapan kami semalam.

Ada juga yang mengatakan jika sedang hamil, makan telur kembar sebegini boleh mendapat anak kembar.Erm janganlah percaya perkara-perkara sebegini, takut merosakkan aqidah.Tiada kaitan pun zuriat kita dengan telur ayam kembar ni.Segalanya di tanganNya yang Maha Esa.

Ana suka juga kalau selalu dapat telur kuning kembar ni, sebab ana memang gemar makan telur kuning.Nak nak lagi yang separuh masak, sedap.Macam-macam kan kejadian pelik dan aneh yang berlaku disekeliling kita setiap hari.Namun percayalah yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang buruk adalah kerana kekerdilan dan kesilapan kita sebagai hambaNya.


~berkongsi kisah disini~

26 Comments

  1. Akak pun selalu jumpa..akak pun pernah dgr mcm tu...even pisang kembar pun org dulu2 ckp jgn makan kalau tgh preggy tapi akak makan je..alhamdulillah so far ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norma, macam2 pendapat kan tentang telur kembar dan lain-lain, kita hanya perlu yakin dengan kebesaranNya juga.:)

      Delete
  2. saya tak pernah jumpa telur kembar lagi..kiranya ana orang yang bertuah sebab dapat..

    ReplyDelete
  3. wahhh. nani tak pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jumpa lagi kak. Tapi agaknya betul kut kalau jadi ayam dah ada kepala 2?

    ReplyDelete
  5. selalu jumpa..:-)) kuning telur separuh masak seda ratah dengan kicap

    ReplyDelete
  6. kalau boleh dapat anak kembar best ni . hehehe

    ReplyDelete
  7. pernah dengar juga kalau dapat telur or pisang ke yang kembar, dpt anak kembar. cousin kite bukan main beriya nak pisang kembar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak leh percaya sangat Eka Tikah kan..segalanya kuasa Allah swt.

      Delete
  8. ini rare..susah nak dapat telur kembar dua ni..

    http://penselduabee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. ni kalo sempat menetas mesti kembar hehehe..
    betul tu.. kalo Allah nak jadikan.. jadi punya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Siti segalanya dengan izinNya jua, Kun Faya Kun

      Delete