sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 27 Jun 2015

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Ana

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 - Apa Erti Puasa Pada Ana

 



Puasa pada erti syarak ialah "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat".Ini semua orang tahu kan sebab kita telah di ajar dan dididik sedemikian dari alam kanak-kanak lagi. Tapi kali ini satu persoalan buat ana dan pembaca yang singgah ke anajingga.com kini ialah menyahut #cabaran20hari apa erti puasa pada anda? Pada ana lah ..

Pada pendapat ana, sepanjang pengalaman berpuasa di bulan mulia, bulan Ramadan ni,puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum sahaja.Itu salah satu dari sifat fizikal yang dapat kita lihat dari mata kasar dan difahami secara teorinya. Puasa sebenarnya lebih kepada satu latihan rohani buat seluruh umat Islam, Muslimin dan Muslimat untuk menguji tahap kecekalan iman dan keupayaan menahan segala sifat kelaziman yang negatif sepanjang sebelas bulan yang lalu.

Setiap kali terbitnya Ramadan, cuba kita menoleh semula sepanjang sebelas bulan yang lepas apakah Ramadan kali ini telah berjaya kita selesaikan orentasinya.Erm berbelit-belit pula kan.Macam ni lah, secara ringkasnya, pada ana bila kita berpuasa khususnya puasa wajib di bulan Ramadan, kita bukan setakad menahan diri dari makan dan minum tetapi menjaga setiap perbuatan dari yang harus hingga yang makhruh supaya ketika tiba waktu iftar amalan puasa kita akan mendapat markah penuh, dengan izinNya.

Perbuatan ini sangat luas dan merangkumi seluruh hari dari pagi hingga ke malam.Kita berubah 360 darjah menjadi lain apabila tibanya Ramadan.Amalan sunatnya, tadarusnya, terawih ,bersedekah dan sebagainya.Harusnya kita menjadikan sebulan tempuh orentasi Ramadan ini sebagai panduan untuk meneruskannya di sepanjang baki sebelas bulan mendatang sehinggalah tibanya Ramadan akan datang, jika itu juga izinNya. 

Inilah seharusnya pergertian puasa pada ana. Namun ana juga manusia kerdil dan alpa, sering kali lalai dalam kesibukan dunia. Pengertian yang kadang kala hanya mampu dicatat dan di terbitkan sebagai satu penulisan dan sangat payah untuk dipraktikkan. Dan semoga setiap kali datangnya Ramadan , isi entri kali ini akan menjadi titik tolak buat ana sendiri untuk mencabar diri mejadikan puasa sebagai kata kunci atau keywords dalam merubah hala hidup agar menjadi hambaNya yang lebih baik dari hari ke hari. In Shaa Allah.


~Salam Ramadan ke 10 dari EFG009 #cabaran20Hari ~

12 ulasan:

  1. Erti puasa bagi setiap orang berlainan tapi membawa makna yang sama, dibulan puasa ni la kita dapat melihat diri kita yang mana mampu mengawal nafsu tanpa hasutan iblis. By the way nive sharing kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dayah, sama-sama kita perbaiki diri ye In shaa Allah.

      Padam
  2. begitulah manusia,tak lari dari kesilapan,tpi yg pentingnya kesedaran utk memperbaiki diri..niat shj pun insyallah kita perolehi pahala

    BalasPadam
  3. Salam Ana, selamat berpuasa :) Nanti tolong e-mailkan Nama, Alamat dan no.phone ya. Terima kasih Ana :) email : notakopi@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadan Linda, Done email..tak sabaq ni haha :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Salam Ramadan buat Kak Yon juga :)

      Padam
  5. Salam ramadhan buat kak ana dan keluarga... erti puasa bg setiap org mmg tak sama kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Ramadan buat eny juga :)

      Padam
  6. Keyword menjadi hamba yang Takwa kadangkala sukar dijumpai dalam 1st Page diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye aRz, banyak yang perlu kita perbaiki diri dari hari ke hari :In Shaa Allah.

      Padam