sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 30 Jun 2015

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Bulan Puasa Ana


#Cabaran20Hari - Menu Wajib Bulan Puasa Ana


Menu lagi kisah cabaran hari ke empat ni, adoi nak-nak pula time panas-panas ni.Macam selalulah bab menu-menu wajib ni mestilah ketika balik berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman ana di Teluk Intan, Perak. Antara menu wajib yang kami cari bila  berbuka ialah Bandung Tarik.Nak tahu apa istimewanya Bandung Tarik Teluk Intan ni..




Istimewa sebab ia hanya terdapat di Teluk Intan, rasanya amat pekat, lemak , manis dan sejuk.Diisi di dalam bekas tin dan di tuang secara tarik dari saluran yang khas sepaya keenakkannya sebati.Sebungkus di jual dengan harga RM2 namun cukup berbaloi. Tanyalah orang Teluk Intan , pasti tahu keenakkan air bandung tarik ini.

Jika di bulan Ramadan, ia dijual di bazar Ramadan Teluk Intan.Namun di hari-hari biasa boleh membelinya di Pasar Besar Teluk Intan atau di pasar malam.Juga terdapat di deretan gerai kuih-muih di Kampung Bahagia, Teluk Intan. Tak kenal maka tak cinta, tak pernah rasa kenalah cuba rasanya dahulu. Pernah juga ana kongsikan keistimewaan bandung tarik ini disini SINI .

6 ulasan:

  1. Terliur pulak tengok. Hahahha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap nani, lain dari yang lain rasanya :)

      Padam
  2. Air bandung ni campurkan dgn air soda..baru sedap ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah sedap gak kak yon, tapi yang ni beza sebab dia main tarik2 tu kut hihi :)

      Padam
  3. alaaa... tak pernah tahu pun ada sirap bandung tarik kat Teluk Intan....!!
    nanti balik raya ni nak cari lah.... :)

    BalasPadam