sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 22 Jun 2015

Kasih Sayang Tanpa Bicara dan Paras Rupa

Kasih Sayang Tanpa Bicara dan Paras Rupa 

Berkasih sayang bukan hanya ada pada manusia sahaja fitrahnya. Malah alam yang maha luas milikNya ini mewah dengan ikatan cinta dan kasih sayang yang dizahirkan oleh seluruh makhlukNya. Terlihat sebuah perkongsian indah tentang kasih sayang antara kucing dan kuda di paparan facebook, mengajak ana untuk turut berkongsikannya disini.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan suci ini, sama-samalah kita jalinkan ukhwah, kongsikan yang baik-baik, paparkan yang indah-indah agar setiap mata yang memandang dan jari yang pantas menaip diberikan ganjaran pahala walau sebesar zarah sekalipun di atas setiap perkongsian yang indah-indah.

Kerana apabila kita berpuasa dari terbitnya fajar sehingga masuk waktu Maghrib, biarlah pandangan kita melihat yang baik-baik sahaja dan membaca kisah yang penuh kasih sayang sahaja hendaknya.Wa Allahu a'lam.




Beberapa lagi foto-foto cantik kredit kepada 3dfirstaid visual architecture FB page yang sempat ana pinjam untuk tatapan kita bersama . Foto-foto kasih sayang antara dua haiwan berlainan jenis kucing dan kuda yang pastinya berinteraksi dalam bahasa yang berbeza.Yang jelas ialah kasih sayang dan kemesraan antara dua makhluk Allah ini. 











~berkongsi kasih sayang disini~

6 ulasan: