sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 1 Jun 2015

Muzium Peranakan Baba Dan Nyonya -Penang

 

Muzium Peranakan Baba Dan Nyonya,Penang

Antara entri yang paling kerap singgah dari carian enjin untuk anajingga.com ialah keunikan kaum baba dan nyonya yang pernah ana kongsikan di SINI .Dan hari ini sekali lagi ana kongsikan keunikan seni hias dalaman kaum Baba dan Nyonya yang terdapat di Muzium Peranakan di Pulau Pinang.Memang unik dan cantik sekali dengan identiti budaya yang lebih mirip keMelayuan dan garapan asal usul dari kaum Cina.Ana tidak pernah lagi berkesempatan ke Muzium Peranakan Pulau Pinang , kerana setiap kali ke sana Muzium Baba dan Nyonya ini tutup untuk lawatan.Namun beberapa hari yang lepas, ana mendapat kiriman foto-foto cantik dari rakan sekolah yang berada di sana dan dengan izinnya, ana kongsikan disini buat tatapan semua.


rumah baba dan nyonya


Bila melihat foto-foto cantik kirimannya, terus terlintas di fikiran ialah sebuah drama siri Little Nyonya yang pernah ana ikuti beberapa tahun yang lepas.Drama terbitan Media Corp dengan barisan pelakon yang cantik-cantik seperti Jeanette Aw,Qi Yuwu dan lain-lain hampir kebanyakkan di lakunkan disini pengambarannya.Drama yang penuh air mata ini sangat meninggalkan kesan buat ana yang telah dua kali mengikuti sirinya.Sangat menarik.

Untuk keterangan lanjut tentang Muzium Peranakan atau lebih dikenali sebagai Rumah Baba dan Nyonya di Pulau Pinang, bolehlah ke laman web : http://www.pinangperanakanmansion.com.my . Sambil itu ana kongsikan beberapa lagi foto-foto cantik disekitar Muzium Peranakan Pulau Pinang.


















15 ulasan:

  1. Suka dengar cara percakapan Baba dan Nyonya ni. Ada keunikannya tersendiri. Lembut je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul CP, kak ana tertarik pada keunikan tradisi kaum baba dan nyonya ni yang ada unsur-unsur melayu dan cina ,sangat kaya dengan budi bahasa.

      Padam
  2. Unik kan kak ana seni hiasan nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unik dan banyak elemen kemelayuan pada tradisi mereka ni Efa :)

      Padam
  3. hehehehe CT datang singgah sini =D

    muzium ni bnyk kali plan nak p tapi belum sampai.. duduk penang lama pun x smpai2 lagi.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Siti sudi singgah ke AJ, samalah kak ana pun dah banyak kali sampai Penang belum berkesempatan masuk ke sini lagi.

      Padam
  4. Balasan
    1. ye ke Nani, jom pi muzium negara lah dekat sikit hehe :)

      Padam
  5. dulu2 ingat peranakan ni ada di melaka je..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Suki, di melaka pun ada kan :)

      Padam
  6. unik sangat tempat dia! bff saya budak arkitektur. dia pernah buat lawatan ke sana. dia kata memang lawa. memang banyak inspirasi nk buat projek dia. ^^,

    BalasPadam