sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 12 Jun 2015

Nilai 3 di Seri Iskandar, Perak

Pelik tak tajuk entri ana kali ini ? Macam mana pula Nilai 3 yang terletak di Negeri Sembilan berada di Seri Iskandar pula kan? Erm kalau nak tahu jom baca sampai habis kay.



Nilai 3 di Seri Iskandar, Perak

Sabtu lepas, ana dan keluarga ke Seri Iskandar untuk majlis doa selamat dan tahlil sempena adik sepupu Muin dan Farah masuk ke rumah baru mereka di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan yang beberapa hari sahaja lagi bakal muncul dengan izinNya. Kesempatan yang ada, ana dan beberapa sepupu lain ingin meninjau-ninjau tempat membeli belah yang pernah ana baca dari blog rakan blogger Nota Shalimar sebelum ini tentang kewujudan Nilai 3 di Seri Iskandar.



Inilah sebahagian dari deretan kedai-kedai yang terdapat di Seri Iskandar Teknologi Park. Kalau kita ke bandar Seri Iskandar terdapat pintu gerbang besar dengan tulisan Selamat Datang ke Seri Iskandar Teknologi Park dan tempat ini berada di sana. Selain itu , jika ternampak bangunan McDonalds atau pun pasaraya Bilion juga boleh kita gunakan sebagai panduan untuk sampai ke sini.



Sama seperti di Nilai 3, konsep dan barangan yang dijual disini kerana itulah ia di panggil klon Nilai 3.Antaranya kain-kain ela, langsir dan tempahannya sekali, tudung, permaidani, tikar-tikar,hiasan rumah seperti cermin dan lain-lain lagi.Pendek kata, apa yang ada di Nilai 3 ada di Seri Iskandar kini. Bagi mereka yang tinggal di utara tanahair, tak perlu lagi ke Nilai 3 kerana di Seri Iskandar juga terdapat produk-produk yang sama.



Agak selesa di sini kerana ruang parkir memang banyak dan luas kawasan ni. Sebiji seperti di Nilai 3 cuma bilangan kedai yang beroperasi tidak sebanyak di sana.



Dalam banyak-banyak kedai yang terdapat disini, ana tertarik dengan sebuah kedai menjual pinggan mangkuk milemin. Mereka menjual dengan timbangan kilo untuk pinggan mangkuk. Menarik kan.





Lain-lain kedai boleh dikatakan sama sahaja yang terdapat di Nilai 3. Bolehlah jika kebetulan berada di Seri Iskandar untuk singgah ke kawasan Seri Iskandar Whole Sales ni.




~berkongsi info di sini~

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. bestlah SP untuk membeli belah kan :)

      Padam
  2. Selalu kalau balik kampung memang akan nampak signboard tempat nie, tapi masih belum berpeluang nak g sana. Kena bawak banyak duit kalau nak g sini. Rambang mata jadinya. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Mia ye lah kan, kalau setakad singgah window shoping je tak berapa best pula kan :)

      Padam
  3. Yg berkenan pinggan mangkuk tu..hoihhh nak ke sannnnaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom aisyah, kita pi sama-sama nak :)

      Padam
  4. Dekat nilai pun ada juga jual pinggan mangkuk milemin tu..hehe dayah dah dekat 4 tahun pun, baru berapa kali pergi nilai 3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah ye Dayah, Dayah dengan Along kat tinggal sana.. :)

      Padam
  5. bestnyer , cn tgk jer papan iklan, tp nk kesini mmg jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. jauh tu CN dah hala utara sana :) CN baik pi Nilai 3 je :)

      Padam
  6. Kedai pinggan mangkuk tu ada lagi ke. Nama apa ye kedai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai Hanis, tak tahu la pula,sebab AJ pergi sekali tu je.. :)

      Padam
    2. Hehe yeke.. ok2 takpe.. tq AJ 😘

      Padam