sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 6 Jun 2015

Perpustakaan Mini di Rumah


Perpustakaan Mini di Rumah

Kelmarin seharian mengemas ruang bacaan di rumah.Buku-buku dan kertas-kertas peperiksaan lama anak-anak yang tidak boleh digunakan lagi kami kumpul dan asingkan untuk dijual kepada lori 'surat khabar lama'.Bak kata suami ana, buat berat rumah sahaja buku-buku lama ni.Nak kemas dan buang ni perlu ada anak-anak bersama, kerana bimbang terbuang buku-buku yang masih boleh mereka gunakan lagi.Sementara kak long ada ni lah ana ajaknya bersama-sama memilih buku-buku yang masih perlu atau tidak.Akhirnya siap juga operasi mengemas ruang bacaan atau lebih seronok ana panggil perputakaan mini di rumah.

ruang bacaan di rumah


Perpustakaan mini ini ana letakkan di ruang tangga menuju ke tingkat atas rumah kami.Hanya menggunakan beberapa rak buku yang mudah alih dan boleh didapati di mana-mana pasaraya.Ana beli mengikut keperluan, contohnya bila bertambah koleksi buku anak-anak atau buku bacaan ana, kami akan membeli satu lagi rak tambahan dan tingkatkannya mengikut ruang yang ada.Dengan cara ini dapat menjimatkan ruang yang sempit di kaki tangga rumah.


idea menyusun buku di rumah

Antara koleksi buku yang ada disini ialah buku cerita kanak-kanak yang masih ana simpan sejak anak-anak dari alam tadika lagi,koleksi majalah-majalah lama seperti Anjung Seri dan majalah Keluarga, buku-buku bacaan agama, Al Quran, buku-buku rujukan sekolah anak-anak dan juga buku-buku teknikal milik suami.Kami di rumah memang gemar membeli buku dan menyimpannya sebagai koleksi masing-masing.Turut ana susun atur di sana ialah beberapa plak anugerah cemerlang anak-anak ketika di sekolah rendah dan menengah lagi sebagai tanda kenang-kenangan mereka apabila semakin membesar.



Selain di sudut bacaan atau perpustakaan mini, anak-anak ana juga menyimpan buku-buku kesayangan mereka di bilik masing-masing.Ada yang disusun di rak dan ada juga di atas 'chest drawers' bilik mereka.Masing-masing dengan koleksi novel dan buku-buku fiksyen kesukaan dari kanak-kanak hingga sekarang.





Ini antara koleksi buku milik kak long yang disusun di dalam biliknya.Dari zaman Mr Midnight lagi masih ada tersimpan koleksi miliknya ketika berada dalam darjah enam dahulu.Alhamdulillah, anak-anak suka menjaga buku-buku mereka dengan baik sehingga membalut dengan plastik supaya buku tidak cepat rosak.





Adik pula memulakan koleksi buku cerita Enid Blyton dan koleksi novel kanak-kanak PTS khasnya tulisan Ain Maisarah.Bila dah meningkat remaja di alam sekolah menengah, Adik lebih berminat dengan buku-buku fiksyen Bahasa Inggeris berbanding novel-novel Bahasa Melayu.Inilah dia, lain anak, lain minat dan kecenderungannya.


~sekadar berkongsi idea perpustakaan mini di rumah~

14 ulasan:

  1. best nyer kak anna..ummul pun ke arah ini..nk ada perpustakkan sendiri di rmh,mmg impian..buku anak2 dan buku ummul sendiri pun makin bertambah..nak kena bli rak buku yg sesuai dg nruang rmhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah ummul, beli peringkat demi peringkat je:) seronok bila ada koleksi buku2 ni kan :

      Padam
  2. sama macam kat rumah Mai :) novel pun dah masuk 2 line ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mai seronok bila ada ruang bacaan macam ni di rumah. :)

      Padam
  3. kat rumah mak yan..banyak buku komik (adik lelaki ) dan buku resepi...
    :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh gak tu Yan buatkan mini perpustakaan :)

      Padam
  4. cantik la kak ana..tersusun rapi dan kemas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma nak kena bersihkan habuk je effa yang agak berat tu hihi :)

      Padam
  5. tersusun je..rajin kak ana mengemas...hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masanya mimi, ada masa tu berhabuk gak jadinya hihi :) saja nak kongsikan idea disini kan .

      Padam
  6. cantik la, best la ada mini library

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok juga CN bila koleksi buku tersusun kemas kan :)

      Padam