sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 2 Jun 2015

Photoshoot Baby Newborn

Gambar anak kucing comel

Jangan ingat anak-anak artis je nak berphotoshoot, anak kucing pun boleh juga nak buat sessi fotografi ni.Comel juga kan .Inilah aktiviti adik Ika dengan Kak Long semasa cuti sekolah ni.Tak aman tidur anak kucing kecil yang ditinggal ibunya dibelakang rumah kami, jadi bahan fotografi mereka.Macam-macam bahan disekitar ruang tamu dijadikan props.Baru sempat merakamkan beberapa keping anak kucing pun tersedar dan mula tak duduk diam.



gambar anak kucing


Sebenarnya anak kucing ni asalnya ada tiga beradik.Ibunya berwarna hitam dan rasanya adik beradik dengan Tam Cik yang pernah ana pelihara bersama Jingga dahulu.Cuma selepas kematian Jingga, Tam Cik dan Bunga, ana tidak lagi membela kucing di dalam rumah.Kami hanya memberi makan sahaja di luar belakang rumah jika ada kucing-kucing yang singgah.Beberapa hari lepas, anak kucing kecil ini, hanya tinggal seekor, mungkin yang dua tu pun dah mati agaknya.Dan yang satu nilah ibunya tinggalkan di belakang rumah.

Ibu kucing ni tetap menjaga anaknya dan meyusukannya.Cuma seolah-olah di tumpangkan di belakang rumah kami sahaja sebagai tempat perlindungan anaknya.Apa lagi , anak-anak ana memang sayang kucing dan dah lama tak bermain dengan anak kucing.Bila ayah mereka pergi kerja, pasti anak kucing ini akan jadi permainan Kak Long dan Adik Ika.Sehingga hari ini, anak kucing ini masih belum bernama, ada cadangan tak nak bagi nama apa pada anak kucing ni?Sehingga entri ini di terbitkan, anak-anak ana memanggil anak kucing ni dengan panggilan 'kecik' sahaja.


gambar anak kucing comel


gambar anak kucing comel


gambar anak kucing comel


~berkongsi kisah anak kucing disini~

21 ulasan:

  1. sama anak dara pcl , minat jugak ambik.gambar kucing.. , pokok, bunga..semualah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kerja anak-anak dara kak ana PCL, selain dari berselfie hihi :)

      Padam
    2. jiwa perempuan sukar di ramal..aikk..hehehehe

      Padam
  2. Balasan
    1. tq amir zahari, lama tak jengok kak ana ye hihi :)

      Padam
  3. comelnya anak kucing..kreatif juga anak2 awak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha anak-anak bila cuti sekolah macam2 kreativiti keluarkan DD :)

      Padam
  4. amboi..anak kucing pun ada photoshoot ye..tapi kan..
    orang dulu-dulu cakap, jangan ambil gambar kucing nanti umur dia tak panjang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Mar pernah juga kak ana dengar macam tu hihi :)

      Padam
  5. assalamualaikum ana...alorrr tomeyy nyer die...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, anak kucing kan comel2 semua mama :)

      Padam
  6. Anak kucing memang sangat comel tapi kalau dah berak merata-rata, macam nak sepak je..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. uii janganlah sian dia hihi :)

      Padam
  7. hahahha kitten newborn pon ada photoshoot.. comellll

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mommy eny yang buat photoshoot lagi cun kan hihi :)

      Padam
  8. amboiiii...!! macam artis u ollssss... hahahahaa... :)

    BalasPadam
  9. seronok nya jadi anak kucing tue..khaty pun tak dak photoshoot ,,ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi dah hilang dah khaty anak kucing ni, mak dia bawa pindah entah mana dah :(

      Padam
  10. wah bukan main photoshootnya hehehe. comel sangat kucing tu!! saya tumpang simpati atas kematian Jingga.

    nama? alamak, selalunya nama-nama ni, adik saya tau la.. saya suka nama Snow sebab saya suka putih. heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih amy, tu lah sejak tu kak ana tak bela kucing dah laa ni ,sekadar main2 kat luar rumah sahaja lah..snow ye..klu putih semua sesuai kan :)

      Padam