sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 14 Jun 2015

Siaran Ulangan Drama Tentang Dhia di TV9


Siaran Ulangan Drama Tentang Dhia di TV9




Masih ingat tak lagi drama siri yang pernah mencetus fenomena sekitar 2011 suatu masa dahulu? Drama yang sangat menjadi ikutan ramai menerusi slot akasia TV3 suatu masa dahulu iaitu Tentang Dhia, kini di ulang semula siarannya di TV9. Baru tadi ana menonton salah satu dari episodnya pada hari Ahad jam 1pm-2pm.Erm biasalah kalau lakonan Adi Putra pasti melekatlah depan Tv kan..Lagipun agak lama juga Tuan Haji Adi Putra kita tidak muncul di kaca TV sejak kebelakangan ni.



Sinopsis Drama Tentang Dhia 


Cinta dan simpati tiada ukuran bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara 2 lelaki yang sangat dikasihi. Percintaan tiga segi menjadi rumit apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasa dirinya lebih sesuai untuk Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki yang berbeza latar belakang. Azmi bekerja hanya sebagai kerani biasa namun anak kepada imam ini disukai ramai kerana sifatnya yang merendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia memang sudah lama terpaut pada Azmi. Dalam masa yang sama, Raffi yang berkelulusan luar negara yang juga teman rapat Dhia sejak kecil menyukainya. Terkejut apabila Dhia bakal menjadi tunangan Azmi, Raffi redha demi cintanya pada Dhia. Melly mula mengambil kesempatan dengan mendekati Raffi dan menidurinya namun jerat memakan diri apabila Raffi tidak mengendahkannya dan enggan bertanggungjawab. Apabila menngetahui dia mengandung, Melly memerangkap Azmi. Mereka ditangkap basah dan ditahan di lokap polis. Tergamam dengan berita tersebut,Dhia tetap meneruskan pertunangan mereka demi kasih cintanya pada Azmi. Namun, ketabahan Dhia diuji sekali lagi apabila keluarga Melly mahu Azmi bertanggungjawab. Azmi dan Melly berkahwin tanpa kerelaan Dhia. Bagaikan pelangi selepas hujan, Dhia didatangi Zikir (Ady Putra) seorang arkitek daripada Kuala Lumpur. Zikir mempunyai rakan baik bernama Fendi dan dia turut diminati oleh Rose (Tasha Shila) pekerja di Firma beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia dalam kemalangan. Ketika menghadiri majlis pengebumian Fendi di kampung halaman Fendi di Pulau Pinang, Zikir berjumpa dengan Dhia dan dia terpaut dengan Dhia. Atas pertolongan isteri arwah Fendi, Zikir berkenalan dengan Dhia. Demi menjauhkan diri daripada Melly dan Azmi, Dhia menerima Zikir. Namun, masih banyak halangan yang perlu dihadapi Dhia.

Pelakon Drama Tentang Dhia 

Antara barisan pelakon Drama Tentang Dhia ialah :

Nora Danish sebagai Nur Kamar Dhia
Ady Putra sebagai Zikir
Izreen Azmindar sebagai Melly
Ako Mustapha sebagai Azmi
Tasha Shila sebagai Rose
Irfan Roslan sebagai Raffi
Puteri Sarah sebagai adik Zikir
Liza Abdullah sebagai ibu Zikir
Seniwati Mariani sebagai nenek Zikir


Jom kita 'throwback' semula beberapa adengan dari drama siri Tentang Dhia suatu masa dahulu.











Sinopsis : wikipedia dan kredit foto : Google Image

6 ulasan:

  1. cerita ni best sangat, cn pun layan gak cerita ni ahad ritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah CN, kak ana kalau adi putra ni memang pakat melekatlah, tak tukaq channel dah hihi :)

      Padam
  2. tak pernah tengok cerita ni, tapi saya minat sangat dengan Ako Mustapha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah Sal minat Ako rupanya, lama dah Ako tak berlakon kan

      Padam
  3. Balasan
    1. Tu lah Lya, ni siaran ulangan nya semula.

      Padam