Bajet Raya 


Cantik, berwarna warni wang kertas Ringgit Malaysia kita ni.Tapi tak seindah nilainya pada ketika dan waktu ini. Kejap sahaja berada di tangan. Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal wang pula hari ni, kerana tajuk #Cabaran20Hari berikutnya ialah 'Bajet Raya'.Jangan ingat negara sahaja ada bajet, rumahtangga pun kena bijak merancang bajet, kalau tidak bak kata Nabil Ahmad, 'Lu fikirlah sendiri'.


Bajet oh bajet.Pening juga nak menentukan antara keperluan dan kehendak.Namun kita kena berfikir secara waras dan bijaksana dalam memenuhi tuntutan ekonomi masa kini.Bagi ana, surirumah sepenuh masa pastinya bergantung pada bajet suami sepenuhnya.Alhamdulillah tidak hidup mewah, namun cukup untuk keperluan seisi rumah.

Dalam menentukan bajet Hari Raya ni, banyak yang perlu di agihkan.Berbelanjalah dengan bijak.Anak-anak dah meningkat remaja, dah pandai ikut fesyen terkini.Namun mereka faham situasi ibu ayah dan hanya memilih yang sesuai dengan bajet keluarga.Lain-lain bajet pun ana selaraskan ikut keperluan.Hiasan rumah tidaklah wajib di ganti setiap tahun, mana yang masih elok kami gunakan semula.

Kuih atau biskut Raya pun ana jarang membuat atau membelinnya.Ini kerana seminggu pertama beraya di kampung, kemudian di sini pula lebih kepada tetamu yang datang bertandang di hujung minggu.Ana lebih selesa menyajikan masakan dan pencuci mulut dari biskut Raya kepada tetamu.

Dalam menyambut kedatangan Syawal ni, bersederhanalah kita dalam apa juga cara sambutannya.Keadaan ekonomi rumahtangga yang semakin mencabar ni mengajak kita untuk lebih bijak ketika berbelanja.Ukur baju di badan sendiri dan tak perlu mengikut orang lain.Itulah prinsip yang selalu ana dan suami amalkan dan Alhamdulillah, sambutan Hari Raya kami juga cukup meriah.

12 Comments

  1. cantiknya duit raya tu... nak guna pun sayang..haha

    ReplyDelete
  2. duit raya tahun ni terpksa dikurangkan sebab bajet lari banyak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa bajet dah berdua patut lagi lah meriah nick hihi :)

      Delete
  3. Nak duit raya kak ana. hahaha :D

    ReplyDelete
  4. samalah macam saya, suka hidangkan mi goreng ke, mi bandung ke, kalau tetamu dtg. Kuih raya tu nak sumbat mulut sendiri je sambil-sambil tengok TV.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sal dah tentu tetamu makan kan hihi :)

      Delete
  5. betul tu kak ana. kenalah pandai bersederhana. kena ajar anak2 juga supata x selalu membazir. hehehe.

    ReplyDelete