sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 11 Julai 2015

#Cabaran20Hari - Gambar dan Ucapan Raya


#Cabaran20Hari - Gambar dan Ucapan Raya

Masuk hari ke lima belas menyahut #Cabaran20Hari, semangat berhari raya semakin berkobar-kobar.Semalam sempat juga balik kampung Teluk Intan berbuka puasa bersama mak, abah dan mak-mak saudara sambil mengambil kak long yang telah mula cuti raya dari Uitm Tapah. Persiapan Aidil Fitri semakin rancak di kampung dan yang paling indah apabila masih berkesempatan mengimbas nostalgia pelita panjut iaitu deretan pelita yang dipasang sekeliling rumah.Ketika inilah mood Raya makin membara disamping mengimbas kenangan silam ketika ana masih kanak-kanak berlari-lari sekitar kampung bermain bunga api bersama adik beradik dan sepupu semua.


 


Untuk ucapan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang lima ke enam hari lagi ni, ana ingin mengucapkan Salam Lebaran buat semua pembaca anajingga.com dan juga page anajingga dot com serta rakan-rakan blogger tersayang semua.Maaf zahir dan batin dari ana sekiranya pernah tulisan dan perkongsian ataupun komen-komen dari ana yang pernah mengguris perasaan sesiapa juga. Kerana sesungguhnya kehadiran anajingga.com adalah sekadar berkongsi kisah dari setiap pengalaman yang ana lalui sepanjang perjalanan kehidupan.Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang khilaf adalah dari kekerdilan ana sendiri sebagai hambaNya. Salam Aidil Fitri- Maaf Zahir dan Batin.

6 ulasan:

  1. selamat hari raya kak anna..ala,ingtkn ada gmbr raya family...nk tgk..heeehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha selamat Hari Raya Ummul sayang, nanti kak ana share di EFG Telegram kay :)

      Padam
  2. Selamat hari raya kak ana. Ampun dan maaf dipinta selama mengenali dalam dunia blogging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lebaran buat aRz dan keluarga juga, samalah kak ana juga memohon kemaafan selama mengenali di dunia blogger yang menceriakan hari-hari kita semua :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Haah kan Kakak Tiri Cinderella.. haha selamat hari raya aidil fitri dari kak ana :)

      Padam