#Cabaran20Hari - Kuih Kegemaran di Bulan Puasa



Masuk hari ke tujuh menyahut #Cabaran20Hari dengan tajuk paling mudah hari ini, kuih kegemaran di bulan puasa.Makanan lagi kan tajuknya..betullah apabila bab puasa dan raya ni selain dari amal ibadat, makanan lah yang jadi fokus utama kita di tanahair tercinta ni.Bersyukur sangat dengan segala rezeki yang ada, Alhamdulillah.Jadi kisah ana kali ini tentang kuih kegemaran di bulan puasa tak lain tak bukan ialah kuih tepung pelita.


Menu kuih kegemaran dari dulu sehinggalah sekarang ialah kuih tepung pelita.Masa di kampung dahulu jarang mak buat kuih ni, selalunya kami beli di pasar malam sahaja sebab pada sekitar tahun 1980-an belum ada lagi aktiviti jualan bazar Ramadan ni.




Namun kini selaras dengan maklumat dihujung jari, ana boleh dah nak buat kuih tepung pelita sendiri.Cuma masih gagal untuk membuat sarung dari daun pisangnya lagi.Pernah cuba beberapa kali tak berjaya membuatnya dengan kemas.Langkah alternatif lebih baik guna bekas plastik sahaja.Janji isinya sedap dan menyelerakan.Bagi yang tercari-cari resepi nak buat kuih tepung pelita ini, pernah ana kongsikannya di SINI


4 Comments

  1. Teringat zaman kecik2 .. arwah ayah dok jual keliling kampung naik beskal .. pepagi sebelum suboh, mak dah bangun sediakan kuih ni ... huhuhu..

    Saya pun suka kuih ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih HH sudi singgah ke blog picisan ana, memang benar ketika ini hanya bait-bait kenangan silam yang bermain di ingatan ketika datangnya Ramadan.

      Delete