sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 7 Julai 2015

#Cabaran20Hari - Lagu Raya Pilihan


 Lagu Raya Pilihan

Apabila masuk sahaja pertengahan Ramadan, lagu-lagu Hari Raya mula berkumandang di radio dan juga pusat membeli belah untuk menambah kemeriahan menyambut Aidil Fitri. Bercerita tentang lagu-lagu Hari Raya ni, bagi ana pastilah lagu Hari Raya Evergreen juga yang menjadi pilihan hati. Jika lagu-lagu Hari Raya Era baru pula, ana suka dengan nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang cepat memikat hati dengan alunan suara dan paduan irama Malaysia.Sebagai memenuhi tajuk cabaran, hari ini ana kongsikan lagu raya pilihan ana yang sangat-sangat terkesan dihati iaitu lagu Hari Raya nyanyian Dato' Jamal Abdillah sekitar tahun 1990-an, Sampaikan Salam Di Aidil Fitri.


kredit foto: Google Image


Lagu ini ada kisahnya dan tak perlulah nak diceritakan lagi, cuma ia nya sangat melekat di hati setiap kali tibanya Aidil Fitri. Apatah lagi dendangan penyanyi kesukaan ana, orang Teluk Intan juga, Dato' Jamal Abdillah yang tiada tandingan suaranya.Semakin dekatlah di hati ana.. bagi yang tak pernah mendengar atau sudah lupa alunan lagu ini, ana kongsikan dari youtube (kredit to abe zam zam )

Lagu Sampaikan Salam di Aidil Fitri - Jamal Abdillah 



Lirik lagu Sampaikan Salam di Aidil Fitri - Jamal Abdillah

Di pagi hening
Di balik gema takbir syahdu
Diriku berlinang airmata

Daku terharu
Mengenangkan kampung halaman
Yang kutinggalkan
Semusim yang lalu

Hasrat hatiku ingin kembali
Kepangkuanmu oh sayang
Apakan daya kita terpisah
Di hari bahagia ini
Untukmu sayang
Kukirimkan salam rindu
Mesra ingatan kasih suci

8 ulasan:

  1. lagu lama adalah yang terbaikk...lagu baru jarg menyentuh jiwa dan mencetus rasa ingin bergembira dihari... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kan Sha, lagu lama juga yang dapat membawa aura hari raya kan :)

      Padam
  2. yoorin tak pernah dengar lagu ni.. ni 1st time.. huhuhuhu.. alamak

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagu ni era 90-an yoorin lama dah ;)

      Padam
  3. Kalu lagu raya effa suka yg lama2 (evergreen)...terasa suasana hari raya nye...hihihihj

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan effa, lagu evergreen sahaja yang paling mengembalikan nostalgia raya ni :)

      Padam
  4. Lagu evergreen jugak best ....

    BalasPadam